SAUDARA PENGARANG, PENGGUNAAN bahasa rojak sudah tentu menjejaskan reputasi bahasa Melayu. Pencemaran bahasa pusaka menunjukkan bahawa masyarakat mempunyai identiti bahasa yang tidak stabil. Keadaan ini akan menyebabkan kemerosotan dan kehilangan kualiti, nilai dan ciri utama bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Lama-kelamaan, beberapa ciri bahasa pusaka akan hilang dan digantikan oleh ciri bahasa asing. Sekiranya gejala ini terus berlaku, bahasa rojak akan perlahan-lahan melenyapkan harga dan keramat bahasa pusaka. Gejala ini akan mengurangkan keupayaannya sebagai bahasa rasmi dan fungsinya sebagai bahasa kebangsaan. Generasi muda kini merupakan golongan paling ramai menggunakan aplikasi-aplikasi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya