Rasuah: Niat tidak menghalalkan cara

Rasuah: Niat tidak menghalalkan cara

PELAJAR sekolah harus difahamkan tentang rasuah dan kesannya kepada negara di masa akan datang kerana mereka merupakan pewaris negara ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEINGAT saya sudah lama rakyat Malaysia Madani diingatkan dengan bahaya amalan rasuah. Sudah banyak kempen dalam media sosial yang memberi kesedaran tentang bahaya amalan rasuah.

Lagu Amboi nyanyian Altimet menjadi bukti yang rakyat Malaysia benci rasuah sampai bila-bila.

Ingat tak kisah riwayat jerung dan ikan bilis. Kalau anda ada pilihan, bagi mengurangkan spesis antara mereka berdua, apa yang akan anda lakukan? Jenis tak makan saman ni tetap wujud sampai bila-bila, hanya tindakan paling tegas dapat membendungnya.

Inilah sebenarnya perumpamaan antara golongan yang mengambil rasuah. Golongan jerung gigi besi sebenarnya susah sikit ditangkap tetapi ikan bilis mudah ditangkap, tidak mengelupur pun. Tak kiralah kamu jerung gigi besi, ikan bilis tiada gigi atau sotong, yang salah tetap salah.

Sekarang ini, menurut perhatian saya sebagai pegawai badan berkanun, pelajar sekolah harus difahamkan tentang rasuah dan kesannya kepada negara di masa akan datang keran mereka merupakan pewaris negara ini.

Mengikut sejarah, runtuh kota Melaka kerana rasuah, runtuhnya sistem pemerintahan Khalifah Ottomaniah di Istanbul pada 3 March 1924 kerana rasuah. Akhir zaman jangan tidak tahu, dajal sebenar pun akan tawarkan rasuah bagi orang yang ingin menjadi pengikutnya.

Sampai bila mahu hidup seperti musang berbulu ayam. Lambat laun sampai masa kena juga. Ketika itu anda dan keluarga yang malu. Ini baru hukum dunia, belum hukum di alam satu lagi.

Fikir fikirlah. Sesungguhnya niat tak mungkin menghalalkan cara. Hanya orang-orang yang iman peringkat mukhlash sahaja menolak rasuah dan kerja haram di zaman ini. Mereka inilah yang belajar dengan guru agama bertauliah. Anda akan faham rahsia mengapa rasuah dan judi haram di sisi Islam.-UTUSAN

IBNU ARASY DZIKRULLAH
Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya