SAUDARA PENGARANG, SAYA ingin mengadu kepada Majlis Perbandaran Tawau ( MPT) supaya menyelesaikan masalah penduduk ekoran masalah anjing liar yang semakin meningkat populasinya di taman-taman perumahan di kawasan Tawau, Sabah. Saya merasakan MPT tidak dapat menyelesaikan isu ini kerana ia agak rumit memandangkan anjing liar berada di mana-mana sahaja. Beberapa aduan sudah dibuat kepada pihak berkaitan tetapi nampaknya tiada tindakan sewajarnya. Sekarang ini, anjing liar semakin bertambah dan ia amat membahayakan pejalan kaki. Cadangan saya supaya mana-mana anjing yang dipelihara harus sentiasa berada di rumah pemiliknya tanpa membenarkan haiwan itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya