Tangguh interim kakitangan awam

Tangguh interim kakitangan awam sehingga semua langkah diambil kira

KERAJAAN disaran menaikkan gaji penjawat awam sebelum melaksanakan pemansuhan skim pencen. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SATU surat rasmi daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berdasarkan kepada keputusan Kabinet kerajaan madani mengenai isu lantikan kakitangan awam secara interim tanpa sebarang had masa untuk diserapkan ke jawatan tetap serta tidak berpencen adalah amat meragukan.

Umum faham ia berkaitan soal kewangan negara di masa hadapan tetapi pada masa sama jangan memutuskan apa-apa keputusan yang boleh menyebabkan hilangnya keyakinan rakyat terhadap kerajaan apatah lagi menjanjikan suatu tempoh perkhidmatan awam yang tiada titik noktahnya untuk diserapkan ke jawatan tetap.

Beberapa kewajaran serta persoalan yang timbul adalah seperti berikut:

Kenapa tidak pengambilan baharu kakitangan awam dibuat secara tetap tanpa melalui tempoh interim selain mencarum dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)?

Sampai bila tempoh interim akan tamat? Adakah selagi ada bulan dan bintang ia akan berterusan ?

Kenapa tidak dipinda Akta Pencen atau yang berkaitan dengannya terlebih dahulu sebelum sesuatu dasar baharu diperkenalkan kepada penjawat awam bagi tujuan menjimatkan kewangan negara?

Bagaimana suatu keputusan yang melibatkan soal urus tadbir kerajaan terutamanya mengenai jawatan kakitangan awam serta soal ekonomi mereka yang tidak berpencen setelah bersara kelak boleh diputuskan sedemikian rupa tanpa sebarang rundingan dengan pihak pemegang taruh khususnya Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs)?

Timbul persoalan adakah isu berkenaan dipengaruhi keputusan politik semata-mata?

Justeru, kepimpinan kerajaan madani disarankan agar tidak mempraktikkan soal dasar dan polisi secara terburu-buru ketika undang-undang serta akta sedia ada masih berkuatkuasa seperti contoh polisi lesen serta cukai jalan digital diperkenal dan diputuskan secara serta-merta sedangkan wujud klausa dalam Akta Pengangkutan Jalan yang mewajibkan kedua-dua item berkenaan dipamerkan secara fizikal.

Hasilnya, sampai sekarang polisi pelaksanaannya tergantung dari sudut kesalahan undang-undang malah lebih menyusahkan rakyat.

Justeru itu kerajaan digesa menangguhkan dahulu isu jawatan penjawat awam sehingga semua langkah yang sesuai diambil kira. – UTUSAN

RAHMAD ISAHAK
Aktivis politik

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya