SAUDARA PENGARANG, SAYA amat berharap pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) dapat mengambil tindakan segera dengan menangkap anjing-anjing liar yang berkeliaran di persekitaran lot kedai di Bandar Sri Kesuma, Semenyih. Seawal pukul 7.30 pagi, lebih 10 anjing liar dilihat merayau-rayau dan memancut kencing di tayar kereta pengguna yang singgah ke kedai makan dan klinik. Lebih menjijikkan, anjing-anjing tanpa pengawasan ini dilihat membuang air besar merata-rata di tepi jalan, sekali gus menimbulkan suasana tidak senang kepada orang ramai. Lebih tepat, lokasi ini betul-betul berada di depan Poliklinik Damai dan bertentangan MARA-Japan Industrial…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya