Wajibkan semula pelitup muka, penjarakan fizikal

Wajibkan semula pelitup muka, penjarakan fizikal

PEMAKAIAN pelitup muka dapat membendung penularan virus Covid-19 serta sebarang varian baharu bagi melindungi tahap kesihatan dan keselamatan diri dan orang ramai.-UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

Langkah proaktif perlu diambil bagi membendung penularan virus Covid-19 serta sebarang jenis varian baharu yang muncul daripada virus terbabit. Ini susulan peningkatan jangkitan virus Covid-19 semenjak kebelakangan ini dalam negara kita dan di beberapa buah negara serata dunia. 

Kita perlu mengambil langkah awal bagi membendung penularan virus Covid-19 serta sebarang varian baharu yang hadir bersama dengannya bagi melindungi tahap kesihatan dan keselamatan orang ramai. 

Antara langkah utama yang perlu diambil ialah dengan mewajibkan semula pemakaian pelitup muka untuk semua pihak. Pemakaian pelitup muka ini bukanlah satu usaha yang asing kerana kita telahpun biasa menggunakan pelitup muka semenjak penularan virus Covid-19 pada awal tahun 2020 lalu. 

Tidak dapat dinafikan, pemakaian pelitup muka adalah salah satu cara untuk membendung penularan virus Covid-19. Pemakaian pelitup muka juga bukan tanda seseorang itu lemah, penakut atau tiada keyakinan terhadap diri sendiri. Pemakaian pelitup muka menunjukan seseorang itu adalah seorang yang bijak dan berani untuk mengambil langkah bagi melindungi diri dan orang lain daripada dijangkiti sebarang jenis penyakit berbahaya. 

Pemakaian pelitup muka merupakan satu langkah yang paling mudah untuk dilakukan oleh semua pihak termasuk oleh golongan kanak–kanak. Oleh yang demikian, tiada sebab atau alasan bagi menafikan penggunaan pelitup muka dalam kehidupan seharian semua pihak.  

Mencegah lebih baik daripada merawat. oleh itu, pemakaian pelitup muka ini perlu dilakukan semula dalam negara kita. Pihak Kementerian Kesihatan perlu mempromosikan usaha pemakaian pelitup muka serta pada masa sama melakukan proses pemantauan dengan serius dan konsisten serta mengambil tindakan yang tegas melalui peruntukan undang–undang sedia ada dalam negara terhadap mana–mana peniaga yang menaikkan harga tidak munasabah terhadap pelitup muka yang dijual seperti yang telah termaktub di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723).-UTUSAN

 

PROFESOR MADYA DR. MUZAFFAR SYAH MALLOW

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya