Wajar beri penjawat awam Pahang bonus dan subsidi buat petani, pekebun

Wajar beri penjawat awam Pahang bonus dan subsidi buat petani, pekebun

PENINGKATAN kutipan hasil Pahang yang memberangsangkan disumbangkan melalui cukai tanah sama ada kategori pertanian, perumahan, industri dan lain-lain serta semakan kadar cukai tanah yang dinaikkan beberapa tahun lepas.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEBELUM ini, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memaklumkan Kerajaan Pahang berjaya mengutip hasil sehingga November tahun lalu sahaja sebanyak RM1.12 billion, melebihi sasaran yang ditetapkan sebelum ini sebanyak RM1.08 billion. Tahniah.

Peningkatan kutipan hasil negeri yang memberangsangkan ini sedikit sebanyak disumbangkan melalui cukai tanah sama ada kategori pertanian, perumahan, industri dan lain-lain serta semakan kadar cukai tanah yang dinaikkan beberapa tahun lepas di samping sumber dari cukai-cukai lain. Ini juga termasuk tanah-tanah peneroka-peneroka Felda yang semakin ramai menerima geran tanah.

Disamping itu kepesatan pembangunan projek perumahan juga menyumbang kepada peningkatan cukai berkali ganda disebabkan peningkatan Suratan Hakmilik (geran tanah) akibat berlaku tukar syarat dan pecah sempadan.

Dengan peningkatan hasil ini, wajarlah penjawat awam diberi bonus dua bulan dan tajaan menunaikan umrah sementara petani, pekebun yang tinggal di kampung diberi subsidi atau bantuan selain menaik taraf jalan-jalan kampung dan jalan ladang termasuk menambah lampu jalan.

Selain itu, atas faktor keselamatan, wajarlah di cat garisan putih pada jalan agar mudah kelihatan pada waktu malam.

Saya juga berpendapat sudah tiba masanya kerajaan negeri meningkatkan taraf hubungan jalan raya terutama mengganti jambatan gantung di kampung-kampung dengan jambatan konkrit. Ini dapat mengurangkan kerosakan infrastruktur akibat banjir.-UTUSAN

CICIT AKI BAJI
Mentakab, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya