Ubah gaya hidup dapat selesaikan masalah iklim - Utusan Malaysia

Ubah gaya hidup dapat selesaikan masalah iklim

KITA mestilah beralih kepada pengangkutan awam jika mahu bantu tangani perubahan iklim. – UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BAGI menangani masalah iklim ini memerlukan perubahan dalam gaya hidup. Kita perlu mengurangkan penggunaan harian terutamanya menggunakan pengangkutan awam dan mencegah pembaziran.

Pengangkutan berasaskan kereta dan motosikal persendirian menyumbang kepada 28 peratus daripada jumlah pelepasan gas rumah hijau dan industri ternakan menyumbang 19 peratus.

Kita mestilah beralih kepada menggunakan pengangkutan awam dan makan lebih banyak makanan berasaskan sayur. Penggunaan tenaga mesti beralih daripada minyak dan gas kepada tenaga bersih.

Memilih sumber tenaga lestari yang bersih seperti hidrogen, tenaga solar, kuasa angin, kuasa hidro dan kuasa gelombang adalah cara ke hadapan.

Dalam beralih kepada tenaga lestari yang bersih, menggunakan gas asli yang kurang mencemarkan dapat menghasilkan tenaga elektrik sambil melihat lebih banyak pilihan yang lebih bersih.

Kerajaan perlu meningkatkan penambahbaikan sistem pengangkutan awam dan menghalang pemilikan kereta seperti apa yang dilakukan Singapura kerana dilaporkan jumlah kenderaan berdaftar mencecah 36.3 juta unit tahun lalu.

Hampir 24 juta daripadanya aktif lesen kenderaan bermotor atau cukai jalan yang sah. Bayangkan jumlah karbon dioksida dan bahan pencemar lain yang dimuntahkan oleh kenderaan ini apabila ia digunakan.

Pengguna boleh mempertimbangkan untuk memasang panel solar pada bumbung mereka, mematikan peralatan elektrik apabila meninggalkan bilik, membeli peralatan elektrik yang cekap tenaga dan banyak lagi cara lain.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa rakyat Malaysia untuk membantu dalam usaha global untuk menghentikan kesan negatif pemanasan global dengan mengurangkan penggunaan elektrik seberapa boleh agar generasi akan datang dapat terus menikmati kehidupan yang baik.

Ini adalah usaha paling kecil tetapi penting yang boleh dilakukan oleh setiap rakyat Malaysia untuk menjadikan dunia ini mampan bagi generasi akan datang. – UTUSAN

MOHIDEEN ABDUL KADER
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya