Tiada makna kahwin sekadar mahu menghalalkan sesuatu hubungan

Tiada makna kahwin sekadar mahu menghalalkan sesuatu hubungan

PERKAHWINAN merupakan komiten berterusan yang tidak boleh dipandang ringan oleh mana-mana pasangan suami isteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PERKAHWINAN atau lebih mesra dipanggil rumah tangga merupakan hubungan sosial yang melibatkan dua individu yang kontra sifatnya dalam konteks romantik atau seksual.

Dalam berumah tangga, tidak akan lari daripada berdepan konflik dan suasana yang tidak harmoni. Permasalahan ini boleh terjadi secara langsung atau tidak lansung tanpa disedari oleh pasangan.

Antaranya bertengkar, saling tuduh menuduh dan memaki hamun dan sehingga berlakunya mogok antara satu sama lain.

Pada mata kasar kita dapat lihat kehidupan mereka seperti biasa dan bahagia seperti pasangan yang lain tapi pada hakikatnya kehidupan rumah tangga mereka terasa hambar dan renggang.

Kebahagian dalam keluarga adalah tanggungjawab semua ahli khususnya ibu dan ayah. Ayah haruslah mempunyai personaliti dan peribadi yang baik dan matang dalam mengurus keluarga kerana dialah tunjang kepada sebuah negara.

Mengikut kajian statistik perceraian di Malaysia didapati bertambah sebanyak 43.1 peratus dari 43,936 kes pada 2021 kepada 62,890 kes tahun lalu. Majoriti membabitkan individu berusia 30 hingga 34 tahun.

Antara faktor-faktor yang utama yang membawa kepada konflik dalam rumah tangga adalah faktor dalaman apabila salah seorang dari mereka tidak endah terhadap isi hati pasangan dan lebih mementingkan penat lelah sendiri selain tidak tahu peranan serta tugas seorang suami.

Seterusnya ialah kekurangan ilmu agama. Janganlah memilih jalan untuk berkahwin muda semata-mata keinginan untuk menghalalkan perhubungan sedangkan tanggungjawab dan tanpa kewangan yang kukuh boleh menyebabkan berlakunya konflik berlanjutan dan akhirnya boleh membawa kepada perceraian.

Selain itu juga antara konflik yang wujud dalam rumah tangga apabila adanya campur tangan mentua. Secara realitinya masih wujud keluarga mentua mengongkong kehidupan anak-anaknya. Walaupun niat mereka sekadar ingin membantu tetapi ia juga dapat memberi kesan yang buruk kepada sesebuah perkahwinan. Ini kerana setiap individu pasti mempunyai pemikiran dan perancangan yang berbeza.

Akhir sekali pembahagian dan waktu bersama keluarga turut memberi kesan bukan sahaja kepada isteri malah anak-anak.-UTUSAN

ALIA NURDINI MUHAMMAD
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya