Tarik minat membaca melalui kempen

Tarik minat membaca melalui kempen

MEMUPUK amalan membaca sejak kanak-kanak dapat menarik minat si kecil untuk mencintai buku apabila dewasa nanti.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

AGAMA Islam meletakkan membaca sebagai amalan pertama dan mulia dalam kehidupan sebagai seorang hamba di dunia ini. 

Tetapi realiti yang berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia masa kini, membaca adalah suatu perkara yang kurang berlaku, malah boleh dikatakan janggal, jika merujuk kepada julat umur belia yang sudah meninggalkan bangku sekolah dan pengajian tinggi. 

Kajian mendapati hanya dua buah buku yang dibaca oleh seorang rakyat Malaysia dalam setahun. Ini kerana gajet pintar yang mudah untuk diperoleh dan mudah pula untuk digunakan telah mengambil alih kelebihan buku-buku di pasaran. Namun kegunaan gajet pintar ini untuk tujuan membaca bahan yang bermaklumat dan membina idea pemikiran, berada di tahap rendah berbanding kegunaan lain seperti melayari laman sesawang, menikmati hiburan atau bermain permainan secara maya.

Membaca kini dilihat sukar untuk dikekalkan sebagai budaya dalam sesuatu masyarakat. Membaca hanya dijadikan amalan harus bagi pelajar sekolah atau institusi pendidikan tinggi sahaja. Itupun sebagai keperluan untuk mendapatkan lebih banyak maklumat berkaitan subjek yang dipelajari dan memenuhi tuntutan menjawab peperiksaan kelak. Apabila tidak lagi wujud keperluan berkenaan, maka membaca juga tidak lagi menjadi suatu keperluan.

Kesedaran seharusnya dipupuk dari semasa ke semasa dengan menekankan kepentingan mendapatkan maklumat dan idea pemikiran yang pelbagai terhadap sesuatu perkara. Bahkan, pelbagai institusi, komuniti malah kerajaan seharusnya terlibat dalam membina dasar memupuk amalan membaca dengan melaksanakan aktiviti seperti kempen, hebahan malah pertandingan, agar masyarakat mampu menilai betapa pentingnya membaca.

Sebagai kesimpulan, membaca adalah amalan yang mesti menjadi keutamaan dalam kehidupan. Membaca mampu mendedahkan insan kepada maklumat dengan kadar yang tidak terbatas lalu memberi idea pemikiran serta sudut pandang yang lebih banyak untuk memberikan pelbagai pilihan yang baik dalam membuat keputusan dan membina kehidupan.-UTUSAN

NUR ATHIRAH  MOHD HASBULLAH

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya