Tangani kartel, manipulasi tender

Tangani kartel, manipulasi tender

BANYAK kes dilaporkan mengenai kartel memanipulasi tender kerajaan yang amat mengecewakan ramai rakyat.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KENYATAAN bahawa 500 syarikat di Malaysia sedang berada di bawah penelitian Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) kerana didakwa membentuk kartel untuk memanipulasi projek tender kerajaan adalah amat serius.

Strategi melibatkan pemilik syarikat berkahwin dengan beberapa isteri dan menggunakan nama mereka sebagai proksi memberikan impak negatif terhadap persaingan
yang adil. Penipuan cara ini sama besarnya dengan ancaman rasuah.

Tindakan MyCC memantau aktiviti kartel ini mesti disokong rakyat dan pasukan forensik pelbagai agensi yang pernah ditubuhkan perlu diaktifkan semula bagi mengekang segera masalah ini.

Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) mahu menekankan tentang kepentingan penyiasatan berkualiti dalam menangani isu-isu kartel dan rasuah. Strategi yang lebih ampuh diperlukan untuk menangani isu ini.

Isu kartel melibatkan aspek yang kompleks dan memerlukan pemahaman mendalam dari pelbagai perspektif. Pasukan pakar forensik pelbagai agensi itu pasti akan dapat mengesan dan memberikan impak besar dengan tindakan perundangan yang lebih tegas.

Pasukan forensik itu juga perlu bekerjasama dengan agensi penguatkuasa undang-undang untuk meningkatkan keberkesanan pencegahan dan tindakan yang tegas dapat dilakukan segera.

Perlindungan kepada pemberi maklumat atau whistleblower perlu diperkemaskan. Jaminan keselamatan kepada mereka akan merangsang lebih ramai individu untuk
melaporkan aktiviti mencurigakan.

Usaha ini adalah tanggungjawab bersama. Penglibatan awam dan program kesedaran berterusan tentang kepentingan integriti dapat membina tekanan yang positif untuk mencapai ketelusan dan pertanggungjawaban yang diinginkan.

Kes-kes yang berulang kali dilaporkan mengenai kartel memanipulasi tender kerajaan adalah amat mengecewakan terutamanya ketika ramai rakyat sedang berdepan dengan kegawatan ekonomi yang serius.

Hanya tindakan yang cepat dan tegas untuk membanteras isu-isu ini dapat meredakan hati rakyat dan memupuk persekitaran perniagaan yang telus serta bertanggungjawab untuk kesejahteraan negara. – UTUSAN

JAIS ABDUL KARIM
Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya