Setelah setahun, masih tiada lampu jalan di SMK Hulu Telemong

Setelah setahun, masih tiada lampu jalan di SMK Hulu Telemong

UTUSAN Malaysia 12 Disember 2022
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SETELAH lebih setahun artikel Tambah lampu jalan bagi keselamatan pelajar SMK Kuala Telemong yang diterbitkan dalam ruangan Forum Utusan Malaysia pada 12 Disember 2022.

Namun sehingga kini tiada apa-apa tindakan yang sewajar diambil oleh pihak berwajib terhadap permohonan tambahan lampu jalan di hadapan Sekolah Menengah Kuala Telemong, Hulu Terengganu yang dibuat oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) pada tahun 2019 dan kali kedua sekitar tahun 2000.

Bahkan sehingga hari ini tiada penjelasan yang diberikan walaupun keluhan dan aduan disuarakan oleh masyarakat setempat sebelum ini.

Walaupun aduan dibuat melalui akhbar rentetan isu ini, masih tiada apa-apa perkembangan dari pihak yang berkenaan.

Hal ini amat mendukacitakan bagi pihak PIBG dan juga sekolah ekoran aduan yang dibuat tidak diendah dan dilayan dengan sewajarnya.

Kami ingin tahu apakah masalah sebenar yang dihadapi pihak dalaman Dalam Undang-undang Kecil Taman (MDHT) dan pihak lain yang berkaitan sehingga mengambil ringan atau mengabaikan aduan ini?

Adakah pihak PIBG atau komuniti setempat perlu membuat pembayaran pendahuluan bagi penyelenggaraan pemasangan lampu jalan tambahan di hadapan sekolah berkenaan atau adakah Kuala Telemong dalam kelompok diskriminasi dari fail meja pihak berkaitan?

Sebaliknya isu ini tidak timbul di mana-mana sekolah di daerah ini, tidak pula mereka berdepan kesukaran pemasangan lampu jalan tambahan.

Justeru, kami meminta jasa baik Yang diPertua Daerah Hulu Terengganu, Mohd Fadli Ngah mengambil maklum dan mengambil tindakan segera akan perkara ini.

Sementara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan ini, Mohd. Zawawi Ismail cakna dengan masalah yang dihadapi penduduk di sini sejak sekian lama iaitu sejak sekolah dibuka pada tahun 2002. – UTUSAN

AZLAN
Kuala Telemong, Hulu Terengganu

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya