Selesaikan masalah air Pulau Pinang, baru fikir LRT

Selesaikan masalah air Pulau Pinang, baru fikir LRT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SECARA peribadi projek Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mewujudkan laluan transit aliran ringan atau LRT dilihat kurang praktikal malah tidak menjadi keperluan mendesak bagi penduduk di sini.

Bukankah lebih baik dibina jalan bertingkat terutamanya di lokasi yang dikenal pasti sering berlakunya kesesakan semasa waktu puncak atau cuti hujung minggu sebagai laluan alternatif pengguna jalan raya berbanding disediakan kemudahan perkhidmatan LRT.

Lainlah apa yang berlaku di Lembah Klang, yang menghubungkan bandar-bandar utama seperti Petaling Jaya, Shah Alam, Putrajaya, Sungai Buloh dan Rawang yang merupakan antara lokasi strategik yang amat memerlukan perkhidmatan LRT berbanding di Pulau Pinang yang jarak lokasi untuk menuju ke destinasi pelancongan bukanlah jauh mana lagipun sesiapa sahaja yang menggunakan perkhidmatan LRT mungkin akan berdepan masalah seperti meletakkan kenderaan dan sebagainya.

Mengapa di Lembah Klang sangat sesuai berbanding di Pulau Pinang kerana logiknya ia adalah pusat bandar yang semakin maju dan memiliki kepadatan penduduk. Malah menjadi tumpuan atau pilihan orang awam untuk ke tempat kerja memandangkan keadaan jalan raya sentiasa sesak tanpa mengira waktu.

Untuk membina infrastruktur seperti LRT, kerajaan negeri perlu juga melihat dari sudut demografi, kepadatan penduduk dan keperluan. Benarkah rakyat di negeri ini memerlukan LRT atau mereka lebih berminat menggunakan perkhidmatan awam seperti bas yang penumpangnya boleh dibilang dengan jari?

Makanya perkhidmatan LRT di Pulau Pinang kurang diperlukan sekalipun negeri ini sudah dikatakan berkembang maju dengan banyak pembangunan projek mega berskala besar seperti Pulau Buatan di Batu Maung.

Adalah lebih baik kerajaaan negeri menumpukan masalah gangguan bekalan air yang kerap berlaku di sebelah pulau terutamanya Bayan Lepas.-UTUSAN

MUZAKKIR HARON
Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya