Rebut kelebihan bulan Rejab

Rebut kelebihan bulan Rejab

JADIKAN ketibaan bulan Rejab ini sebagai latihan mempersiapkan diri untuk menghadapi bulan Ramadan. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BULAN Rejab merupakan salah satu daripada bulan-bulan haram dalam Islam, bermaksud bulan yang dihormati dan dimuliakan.

Kelebihan bulan Rejab disebutkan oleh Imam Ibn Kathir di dalam kitab tafsirnya. Beliau menukilkan pendapat Ibn Abbas yang menjelaskan bahawa setiap kezaliman yang dilakukan di dalam bulan haram ini, dosanya lebih besar berbanding bulan-bulan lain.

Begitu juga, amal soleh yang dilakukan pada bulan ini adalah lebih besar pahalanya berbanding dengan bulan-bulan yang lain.

Justeru, umat Islam dinasihatkan supaya mempergandakan amal ibadah dan mengelakkan diri dari terjerumus dalam lembah-lembah kemaksiatan dan kemungkaran.

Bulan Rejab juga dipanggil sebagai bulan Mikraj kerana pada bulan ini terdapat peristiwa agung Israk dan Mikraj.

Oleh itu, agama Islam menuntut umatnya untuk menghidupkan bulan ini dengan amalanamalan ibadah walaupun tiada amalan khusus untuk dikerjakan berdasarkan riwayat yang sahih.

Ketibaan bulan Rejab yang mulia ini menandakan bulan Ramadan sudah semakin hampir tiba. Di bulan Ramadan, kita diwajibkan berpuasa dan kebiasaannya kita juga rajin menunaikan solat fardu secara berjemaah bagi mengejar gandaan pahala, maka bulan Rejab dianggap sebagai bulan latihan.

Begitu juga amalan menunaikan solat fardu secara berjemaah, jikalau sebelum ini kita culas menunaikan solat fardu secara berjemaah dengan konsisten dek kesibukan dengan urusan harian, maka gunakanlah ketibaan bulan Rejab sebagai latihan untuk menunaikan solat fardu secara berjemaah.

Jadikanlah ketibaan bulan Rejab ini sebagai latihan bagi mempersiapkan diri untuk menghadapi bulan Ramadan yang bakal berkunjung tiba.

Justeru, selaku hamba yang taat dan sebagai persediaan untuk menuju kepada bulan Ramadan yang bakal tiba, maka wajarlah bulan ini dihidupkan dengan amalan yang dianjurkan oleh Rasulullah. – UTUSAN

KAZZMAN KAMARUZZAMAN
Negeri Sembilan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya