Rakyat masih terbeban kos hidup

Rakyat masih terbeban kos hidup

JUALAN Rahmah dikatakan lebih menguntungkan penduduk di bandar sementara orang-orang kampung dan masyarakat di luar bandar terus hidup menderita dan terhimpit dengan kenaikan harga barangan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEBELUM ini Utusan Malaysia menerbitkan artikel bertajuk Bila tindakan ke atas kartel beras pula? yang menyentuh mengenai kesulitan rakyat untuk mendapatkan beras tempatan di pasaran ketika ini.

Sebenarnya tiada sebarang perubahan dari segi tindakan sama ada sebelum atau selepas rombakan Kabinet.

Adakah kerajaan beranggapan dengan inisiatif Jualan Rahmah yang diadakan sekali sekala sudah cukup untuk mengurangkan beban rakyat?

Untuk makluman, Jualan Rahmah ini lebih menguntungkan penduduk di bandar sementara orang-orang kampung dan masyarakat di luar bandar yang rata-rata terdiri daripada kalangan B40 terus hidup menderita dan terhimpit dalam keadaan ini.

Kami berdepan kesulitan untuk mendapatkan beras tempatan pada harga biasa, RM13 bagi 5 kilogram (kg) sementara minyak masak berpaket dan gula pasir terus menjadi isu yang berpanjangan untuk sekian lama.

Semua kedai runcit di luar bandar terutama di Sik, Kedah sukar untuk mendapatkan barangan tersebut.

Tiada tempat untuk buat aduan dan apabila sukar mendapatkan beras tempatan, maka terpaksalah membeli beras import dengan harga mahal. Paling murah boleh dapat pun pada sekitar RM21 untuk 5kg.
Begitu juga tiada gula pasir bersubsidi, menyebabkan penduduk terpaksa membeli gula berharga RM4 atau lebih bagi sekilogram.

Mungkin ini agaknya cara permainan kartel yang menguasai lebih 80 peratus pasaran beras negara dan mereka bijak memanipulasi sehingga beras tempatan terus tiada di pasaran, yang ada semua beras dengan label import pada yang harga mahal melambung. Ini menambah beban kepada rakyat.

Semoga perkara ini mendapat perhatian dan tindakan yang lebih berkesan daripada kerajaan.-UTUSAN

ZAINUL ABIDIN TEH
Sik, Kedah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya