Pupuk budaya membaca era pasca moden

Pupuk budaya membaca era pasca moden

BUDAYA membaca telah banyak dibangkitkan namun masih perlu dipraktikkan oleh semua rakyat dari semasa ke semasa. – UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TERDAPAT beberapa langkah untuk mempraktikkan dan mengamalkan budaya membaca di era pasca-moden. Antara langkahnya ialah ibu bapa haruslah memupuk budaya membaca dan mendidik anak mereka sejak kecil lagi. Ibu bapa merupakan orang yang paling terdekat kepada anak dan segala perlakuan yang dilakukan oleh ibu bapa akan diikuti oleh anak mereka.

Selain itu, pihak kerajaan juga perlu melaksanakan kempen kesedaran tentang budaya membaca dalam kalangan masyarakat di merata-rata tempat. Misalnya, pihak kerajaan boleh mengadakan kempen membaca sekali sebulan di tempat awam dan dalam kempen tersebut patutlah mempunyai aktiviti-aktiviti yang menarik serta berkaitan budaya membaca.

Di samping itu, pihak sekolah patutlah menjalankan aktiviti-aktiviti atau program yang berkaitan dengan budaya membaca. Contohnya, pihak sekolah bolehlah menganjurkan aktiviti seperti “Minggu Budaya Membaca”.

Pihak sekolah juga perlu menjalankan program NILAM yang dilaksanakan oleh kerajaan dengan lebih berkesan dengan memastikan semua pelajar menjayakannya. Program tersebut memerlukan pelajar membaca buku dan membuat sinopsis terhadap buku yang dibaca.

Oleh itu, pelajar dapat memupuk budaya membaca. Dengan ini, aktiviti atau program yang dijalankan oleh pihak sekolah secara tidak langsung dapat memupuk budaya membaca dalam kalangan pelajar.

Budaya membaca telah banyak dibangkitkan namun masih perlu dipraktikkan oleh semua rakyat dari semasa hingga ke semasa. Budaya membaca hanya akan memberikan kebaikan sahaja kepada seseorang tersebut, masyarakat dan juga negara.

Setiap rakyat ataupun individu haruslah mempunyai kesedaran tentang budaya membaca dan sentiasa mengamalkannya. Beberapa langkah juga haruslah dijalankan bagi mempraktikkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat.

Dengan ini, masyarakat dapat berpengetahuan tinggi dan menjadi seseorang yang beretika dan seterusnya negara dapat diperkembangkan. – UTUSAN

Muhammad Syahmi Muhammad Zulhazmi
Mahasiswa

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya