Poligami bukan lambang kemegahan tanpa tanggungjawab

Poligami bukan lambang kemegahan tanpa tanggungjawab

POLIGAMI menuntut seseorang lelaki menjalankan tanggungjawab dengan adil terhadap isteri-isterinya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

Agama Islam telah menetapkan panduan dan syariat yang terbaik kepada semua manusia dalam aspek kehidupan melalui al-Quran dan hadis. Panduan dan syariat ini membolehkan manusia melayari kehidupan dengan baik dari segi akidah, ibadah, kekeluargaan dan muamalat.

Pada dasarnya, Islam membenarkan poligami dengan syarat-syarat yang ketat kerana ia bukan hanya untuk dorongan nafsu dan keinginan semata-mata tetapi seorang lelaki itu perlu mematuhi prosedur yang telah ditetapkan untuk sentiasa berlaku adil dan tidak menzalimi hak atau kewajipan setiap isteri dan anak-anaknya.

Harus diingat, poligami bukanlah hak peribadi semata-mata memadangkan ia boleh membawa ancaman kepada kesetiaan perkahwinan. Kadangkala poligami juga boleh mendorong berlakunya peningkatan kadar perceraian.

Poligami yang dianggap lambang kemegahan, kekuatan dan kekayaan menyebabkan semakin ramai lelaki memilih jalan untuk berkahwin lebih dari seorang isteri walaupun ada yang melakukannya tanpa kebenaran undang-undang sehingga mendera mental isteri pertama.

Dalam era modernisasi ini, amalan poligami dalam masyarakat moden perlu dikawal dengan baik supaya tidak berlaku penyelewengan suami keatas isterinya. Sebagai contoh pihak mahkamah boleh mengenal pasti kemampuan seorang lelaki yang membuat permohonan untuk berpoligami sebelum diluluskan mengikut undang-undang.

Hal ini demikian kerana poligami bukan semata-mata untuk cinta dan keseronokan, namun ia melibatkan penerimaan tanggungjawab baharu yang lebih besar. Setiap tanggungjawab yang dipikul akan dipersoal kembali di akhirat bersama amanah dan keadilan terhadap isteri-isteri dan anak-anak.

Mereka juga perlu meneliti syarat poligami sebelum seorang suami itu merancang untuk melakukan poligami. Oleh itu, seorang suami tidak akan sewenang-wenangnya berpoligami pada masa hadapan.-UTUSAN

SITI HAJAR MASRUKIN
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya