PLKN di sekolah lebih jimat kos dari buat di pusat

PLKN di sekolah lebih jimat kos dari buat di pusat

PROGRAM Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang diadakan di sekolah lebih memanfaatkan semua pelajar dalam pembentukan diri sebagai warga negara yang berkualiti dan berkemahiran.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PROGRAM Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan inisiatif yang telah lama diperkenalkan di Malaysia untuk membentuk generasi muda yang patriotik, berdisiplin dan bersatu padu. 

Walaupun terdapat kontroversi mengenai keberkesanan dan relevannya program ini tetapi sudah ada rancangan untuk menghidupkannya semula pada tahun hadapan. Walau bagaimanapun, perlu ada pertimbangan tentang bagaimana program ini dapat melibatkan semua pelajar dengan adil.

Pada hemat saya, PLKN yang akan dijalankan seharusnya dilaksanakan di peringkat sekolah sebagai langkah untuk memastikan semua pelajar dapat menyertainya. Pilihan ini dapat memberi peluang kepada semua lapisan pelajar, termasuk yang tidak dapat menyertai program di pusat latihan PLKN yang terletak di lokasi tertentu.

Saya mengusulkan agar program ini dilaksanakan di peringkat sekolah melibatkan pelajar tingkatan 4 dan dijadualkan selama seminggu semasa cuti semester. Waktu yang ditetapkan dari pukul 7.30 pagi hingga 4.30 petang agar dapat memastikan penglibatan pelajar sepenuhnya tanpa mengganggu pembelajaran formal.

Program ini boleh dijalankan dengan kerjasama antara Jabatan PLKN, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan Rakyat (Rela), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan guru sekolah.

Antara komponen yang boleh dimasukkan dalam struktur program di peringkat sekolah ialah 

kawad kaki, tayangan video edukatif, modul pendidikan moral dan kewarganegaraan, aktiviti keagamaan dan multibudaya, program pemimpin muda, sejarah dan budaya, kesedaran alam sekitar,  latihan nilai diri, program kemasyarakatan dan integriti.

Pun begitu, penyedia program perlu menyediakan kemudahan makan, minum dan bahan kursus. 

Setelah tamat program, peserta akan menerima sijil dan diraikan bersama ibu bapa.

Melaksanakan program ini di peringkat sekolah dijangka dapat mengurangkan kos secara signifikan berbanding diadakan secara berpusat. Dengan cara ini, semua pelajar akan berpeluang untuk mengambil bahagian dalam pembentukan diri sebagai warga negara yang berkualiti dan berkemahiran. -UTUSAN

AZIZUL RAHMAN ABDUL RAHMAN

Tokoh Guru Kebangsaan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya