PKR akan terus bangkit atau terbungkam?

PKR akan terus bangkit atau terbungkam?

KETIKA ini, pengaruh sokongan Melayu terhadap PKR sekadar 38 peratus dan ia perlu menjadi kebimbangan parti.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

POLA pengundian masa depan serta demografi pengundi di kawasan majoriti Melayu merupakan cabaran besar buat PKR. Antara beberapa rintangan yang harus diberikan perhatian adalah: 

  • Sentimen Melayu Islam terus subur. Kemunculan semula veteran DAP sekali gus membangkitkan sentimen terhadap DAP yang terus konsisten dengan impian gagasan Malaysian Malaysia.
  • Pengundi automatik 18 tahun yang masih memihak kepada Perikatan Nasional (PN) yakni Pas merupakan satu kelebihan.
  • Konfrontasi pemimpin DAP yang acap kali menyinggung sensitiviti orang Melayu-Islam. 
  • Kawalan lemah Perdana Menteri apabila meletakkan menteri DAP di barisan hadapan jemaah menteri. Terbaharu Datuk Seri Anwar Ibrahim mencetuskan polemik ketika berucap menyatakan tindakannya itu memberi nilai yang baik kepada pemuda Kristian. 
  • Menghakis kepercayaan pengundi UMNO terutamanya orang Melayu disebalik keceluparan pemimpin DAP yang menyinggung hak orang Melayu dan beberapa lagi isu lain.

Ketika ini, pengaruh sokongan Melayu terhadap PKR sekadar 38 peratus dan ia perlu menjadi kebimbangan parti sementara Parti Amanah Negara (Amanah) yang telah selesai mengadakan pemilihan pucuk kepimpinan serta membawa misi baharu untuk menggempur gelombang hijau mungkin hanya sekadar ilusi atau mimpi di siang hari. 

Bahkan prestasi Anwar yang digambarkan mewakili idealisme Malaysia Madani dilihat kurang memberangsangkan malah semakin kehilangan aura berbanding semasa menjadi Ketua Pembangkang.

Apa yang sedikit terkilan dan agak mengejutkan apabila beliau tidak berani menempelak pandangan veteran DAP sebaliknya menyalahkan pihak pembangkang. 

Justeru, selaku Perdana Menteri, Anwar perlu memanfaatkan kelebihan pemimpin PKR sebagai  jemaah menteri di Pusat demi kelangsungan parti yang diharapkan boleh menggantikan UMNO mendominasi orang Melayu.-UTUSAN

CUCU TOK JANGGUT

Pulau Pinang

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya