Perpaduan tidak cukup jika tiada semangat nasionalisme

Perpaduan tidak cukup jika tiada semangat nasionalisme

PENUBUHAN sekolah jenis kebangsaan oleh pemimpin terdahulu serba sedikit telah merosakkan usaha memperkukuhkan perpaduan negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PENYATUAN perpaduan tidak bererti jika rakyat tidak didedahkan dengan semangat nasionalisme yang tinggi. Dalam konteks masyarakat yang pelbagai budaya dan etnik seperti Malaysia, perpaduan dan semangat nasionalisme memainkan peranan utama dalam membentuk sebuah negara bangsa yang kukuh dan berdaya saing.

Ketika sebuah negara bangsa mencapai tahap merdeka, semangat nasionalisme berperanan penting dalam mengukuhkan kedaulatan dan membentuk identiti negara. Matlamatnya adalah tidak hanya membebaskan diri dari cengkaman kuasa asing, tetapi juga memperkukuhkan perpaduan dalam masyarakat yang pernah merasai zaman penjajahan.

Dalam hal ini, semangat nasionalisme terus berkembang sebagai penanda aras perjuangan untuk mempertahankan kedaulatan dan memajukan negara tanpa sebarang gangguan mahupun ancaman dari luar. Semangat nasionalisme bukan sahaja terperangkap dalam perkataan kosong, tetapi diperingkat awalan lagi sudah terdidik dalam subjek Sejarah yang diajar di sekolah-sekolah. Melalui pendidikan ini, kesedaran tentang nilai-nilai nasionalisme ditanamkan dalam kalangan pelajar sejak peringkat awal, membolehkan semangat ini tumbuh dalam diri mereka seiring dengan pertumbuhan mereka.

Dengan demikian, semangat nasionalisme merangsang pembentukan nilai-nilai bersama termasuk kesetiaan kepada prinsip-prinsip demokrasi, keadilan, kebebasan dan kedaulatan negara yang termaktub mengikut dalam Perlembagaan Persekutuan.

Namun, dengan penubuhan sekolah jenis kebangsaan oleh pemimpin terdahulu, ia menyebabkan fokus tertumpu kepada individu dari satu kaum tertentu sahaja. Langkah ini sebenarnya serba sedikit telah merosakkan usaha memperkukuhkan perpaduan negara, terutamanya dalam konteks semangat kebangsaan. Sehingga hari ini, kita menyaksikan beberapa tuntutan kepada kerajaan bagi mengiktiraf sesuatu demi kepentingan mereka, sebagai contoh tuntutan bagi Sijil Peperiksaan Bersama (UEC).

Dalam usaha membina masyarakat yang berasaskan semangat nasionalisme dan perpaduan, adalah penting bagi rakyat untuk memahami dan mengamalkan prinsip-prinsip yang termaktub dalam Rukun Negara.

Bagaimanapun, kejayaan semangat nasionalisme bergantung kepada pemahaman yang seimbang dan inklusif terhadap nilai-nilai kebangsaan. Dengan kebijaksanaan dan usaha berterusan, semangat nasionalisme akan terus menjadi tiang utama dalam pembangunan negara yang sejahtera dan dinamik. Generasi muda, sebagai harapan negara, perlu membawa semangat ini ke hadapan demi melahirkan lagi pemimpin pelapis negara mahupun masyarakat yang benar-benar menyelami erti semangat nasionalisme ini.-UTUSAN

MUHAMAD SYAFIQ IBRAHIM
Klang, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya