Pencarum ASB rindukan dividen tinggi seperti dulu

Pencarum ASB rindukan dividen tinggi seperti dulu

PEMBERIAN dividen yang tinggi secara konsisten lebih membawa makna kepada pelabur dalam mengharungi masalah inflasi dan kos sara hidup yang meningkat setiap tahun.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TERDAHULU, terima kasih diucapkan atas pemberian dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.25 sen seunit untuk 2023. Namun, usaha harus digiatkan lagi bagi meningkatkan kadar pemberian dividen ASB untuk tahun-tahun yang akan datang. Rata–rata pencarum merindui pemberian dividen 7 hingga 8 peratus seperti yang pernah diberikan sekitar 1990an.

Fokus harus diberikan dan usaha dipergiatkan untuk memberi dividen yang lebih tinggi, bukannya membenarkan pencarum untuk menambah jumlah caruman sedia ada. Pada proses pembentangan Belanjawan 2023, kerajaan bersetuju untuk menaikkan jumlah had maksimum pelaburan individu ASB dan ASB2 kepada RM300,000 berbanding RM200,000 sebelum ini. Usaha ini dilihat sedikit sebanyak dapat membantu rakyat khususnya golongan bumiputera yang berpendapatan rendah untuk melabur disamping mendapat pulangan melalui pemberian dividen yang selamat dan stabil setiap tahun.

Namun, langkah untuk menaikkan had maksimum pelaburan tidak akan membawa makna kerana rakyat kita tidak memiliki wang yang cukup untuk melabur dengan banyak.

Melakukan proses pinjaman untuk melabur adalah tidak sihat khususnya dilakukan individu yang berpendapatan rendah kerana berdepan risiko yang tinggi. Kita juga tidak dapat pastikan sejauh mana pulangan dividen yang diberikan setiap tahun dapat membantu pelabur membayar balik pinjaman.

Oleh itu, daripada menaikkan had maksimum pelaburan ASB dan ASB2, adalah penting bagi kerajaaan memberi tumpuan penuh memastikan kadar pemberian dividen untuk semua unit amanah yang ditawarkan tinggi setiap tahun. Pemberian dividen yang tinggi secara konsisten lebih membawa makna kepada pelabur dalam mengharungi masalah inflasi dan kos sara hidup yang meningkat setiap tahun.

Kita pun tidak ketahui keadaan ekonomi pada masa akan datang nanti. Jika keadaan ekonomi bertambah buruk, bagaimana pelabur-pelabur yang telah lakukan proses pinjaman ini hendak membayar kembali segala pinjaman serta kadar faedah yang telah dikenakan?-UTUSAN

PROFESOR MADYA DR. MUZAFFAR SYAH MALLOW
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya