Muhasabah sebelum hadapi Ramadan

Muhasabah sebelum hadapi Ramadan

ramadan
MARILAH semua bermuhasabah meraikan tahun baharu dengan berusaha untuk melipatgandakan amalan kebajikan dan ketaatan kepada Ilahi. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BULAN Ramadan yang dijanjikan dengan ganjaran berlipat kali ganda sudah hampir tiba. Bagi tetamu Allah yang terpilih untuk menunaikan haji pada tahun ini perlu bersiap sedia lebih awal dari segi mental dan fizikal untuk melaksanakan ibadah haji yang merupakan rukun Islam kelima.

Bagi yang tidak ke Mekah bolehlah mula menyediakan peruntukan untuk melakukan ibadah korban sebagai tanda bersyukur atas pelbagai nikmat kurniaan Ilahi. Terdapat juga peristiwa penting yang berlaku seperti Israk Mikraj ke langit di bulan Rejab, peristiwa nuzul al-Quran pada 17 Ramadan yang boleh dijadikan iktibar dan pedoman oleh semua.

Penting untuk difahami bahawa terdapat perbezaan ketara antara tahun masihi dan hijrah. Perbezaan ini memberi kesan kepada hukum pembayaran zakat harta yang wajib dibayar apabila cukup haul iaitu setahun hijrah.
Begitu juga kiraan tempoh ihdad atau berkabung bagi wanita yang kematian suami empat bulan 10 hari berdasarkan takwim hijrah.

Begitu pula bagi sesiapa yang tidak puasa Ramadan kerana musafir atau sakit maka wajib menggantikannya sebelum tiba bulan Ramadan yang berikutnya jika tidak dikira berdosa dan wajib membayar fidyah, iaitu memberi makan fakir miskin sehari secupak makanan mengikut hari puasa yang ditinggalkan.

Marilah semua bermuhasabah meraikan tahun baharu dengan berusaha untuk melipatgandakan amalan kebajikan dan ketaatan kepada Ilahi.

Tahun baharu juga mengajak semua untuk melakukan perubahan yang terbaik kepada diri, masyarakat dan negara bertepatan dengan sabda Nabi Muhammad yang bermaksud sebaik-baik kamu adalah yang bermanfaat kepada sesama manusia.

Usah bazirkan masa yang berlalu dengan sia-sia tanpa mempersiapkan bekalan secukupnya untuk kembali ke kampung akhirat yang kekal abadi.-UTUSAN

DR. MOHD. ALI MUHAMAD DON
Pensyarah Kanan, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Pasir Gudang, Johor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya