Menabung dari kecil untuk beribadah

Menabung dari kecil untuk beribadah

DENGAN amalan menabung dari kecil boleh merealisasikan impian untuk menunaikan haji pada umur muda.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MENJADI impian setiap muslim melengkapkan rukun Islam yang ke lima iaitu pergi menunaikan ibadah haji. Itu impian dan sekiranya dapat berada di kota suci dalam keadaan sihat tubuh badan dan berupaya mengerjakan Masyarie haji (kerja-kerja haji).

Namun, senario yang berlaku hari ini adalah apabila ramai yang mengumpulkan duit dan berpusu-pusu ke tempat lain untuk pergi melancong, yang bukan digalakkan dalam Islam.

Walaupun telah di terangkan dalam al-Quran dan al-Hadis mengenai tiga destinasi yang digalakkan dalam Islam iaitu al-Masjid al-Haram, masjidku (Al-Masjid Nabawi) dan al-Masjid al-Aqsa, namum kesedaran persediaan awal masih lagi tidak diendahkan.

Ini apabila majoriti peratusan jemaah yang menunaikan haji adalah dalam kalangan warga emas. Adakah keadaan ini mengikut trend yang ditinggalkan dan diwarisi oleh orang terdahulu dan apakah warga muda tidak berpeluang pergi menunaikan haji?

Tidak seperti warga Indonesia yang mana ramai jemaah haji muda berlumba-lumba untuk beribadah. Kata mereka, telah menabung di usia muda iaitu di peringkat sekolah rendah.

Walaupun pernah satu masa dahulu Lembaga Tabung Haji (TH) memperkenalkan tabung namun inisiatif tersebut malap dan ia ada kepentingan untuk digilap semula dengan memberi kesedaran kepada masyarakat awam mengenai kepentingan menabung di usia muda.

Inisiatif yang direncanakan TH itu sedikit sebanyak menarik minat anak remaja untuk mengamalkan sikap menabung dan tidak melakukan pembaziran selain melatih diri menjadi bijak dalam merancang kewangan peribadi untuk ke tanah suci di usia muda.

Dengan kesedaran ini akan membantu meningkatkan dividen penyimpan pada masa hadapan dan sedikit sebanyak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi madani yang mampan di Malaysia.-UTUSAN

PROFESOR MADYA DR. MOHD FARIHAL OSMAN
Pusat Pengajian Pengajian Perniagaan Islam, Universiti Utara Malaysia (UUM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya