Malaysia mesti terima dasar tebatan banjir

Malaysia mesti terima dasar tebatan banjir

KAEDAH tebatan banjir jangka panjang dan kesiapsiagaan bencana adalah penting untuk membina Malaysia yang lebih berdaya tahan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEPERTI tahun-tahun sebelum ini, hujung tahun boleh dianggap sebagai ‘pesta air’ apabila ketika ini hujan lebat akan membasahi bumi Malaysia dan menyebabkan banjir di beberapa negeri.

Banjir memberi kesan kewangan yang besar memandangkan fenomena ini mengakibatkan kerosakan amat teruk pada jalan raya, jambatan, rangkaian komunikasi, rumah dan perniagaan. Mereka yang terjejas memerlukan bantuan kewangan dan aktiviti pemulihan.

Pasukan terlibat sedang menilai kerosakan dan merangka rancangan untuk aktiviti pembinaan semula dan pemulihan.

Kerana itu, Malaysia mesti menerima dasar tebatan banjir melalui Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dan kesiapsiagaan bencana jangka panjang untuk mengurangkan kesan banjir pada masa hadapan. Strategi ini melibatkan penambahbaikan sistem perparitan, melaksanakan teknik pengurusan tanah yang mampan, melabur dalam infrastruktur tahan banjir dan membangunkan sistem amaran awal yang berkesan.

Kaedah tebatan banjir jangka panjang dan kesiapsiagaan bencana adalah penting untuk membina Malaysia yang lebih berdaya tahan. Melabur dalam pembangunan infrastruktur, terutamanya pengukuhan sistem perparitan dan infrastruktur tahan banjir berpotensi untuk meminimumkan kesan banjir masa depan secara drastik. Untuk mengurangkan larian air dan mengelakkan hakisan, teknik pengurusan tanah harus diteliti dan diperbaiki dengan tumpuan terhadap perhutanan mampan dan pemuliharaan tanah. Selain itu, kita juga boleh melakukan pendidikan dan kesedaran awam.

Walaupun keutamaan segera adalah untuk memberi bantuan kepada mereka yang terjejas, namun kita tidak mahu perkara sama terus berulang setiap kali tiba musim tengkujuh. Jadi, Malaysia perlu segera mengambil tindakan berani untuk membina masa depan yang lebih berdaya tahan dan melindungi penduduknya daripada kesan buruk banjir.

Rakyat Malaysia harus lebih berhati-hati dalam situasi ini kerana mereka sedia maklum bahawa banjir berlaku pada setiap bulan Disember. Tambahan pula, mereka mesti bersedia dengan menyimpan dokumen penting di tempat selamat supaya ia rosak.-UTUSAN

NUR HUSNINA KAMALIA ROSLI
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya