Makin ramai remaja terlibat masalah sosial?

Makin ramai remaja terlibat masalah sosial?

SEMUA pihak mestilah mengambil peranan yang penting dalam menyelesaikan masalah sosial dalam kalangan remaja. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PENINGKATAN jenayah dan pelbagai bentuk gejala sosial seperti pembunuhan, rompakan, rogol, penagihan dadah, ragut, seks di luar nikah telah menyebabkan masyarakat bimbang dan takut dengan keadaan sekeliling yang menimpa remaja remaja yang sedang meningkat dewasa.

Remaja masa kini seolah-olah suka melakukan masalah sosial yang akan mendatangkan pelbagai kemudaratan kepada diri sendiri dan juga individu lain.

Lebih membimbangkan lagi, mereka sanggup untuk merekod dan merakam diri mereka sendiri kemudian memuat naik video tersebut ke dalam media sosial semata-mata untuk mendapatkan perhatian daripada netizen.

Walaupun begitu, apa yang mereka akan dapat hanyalah kecaman semata-mata. Ini mestilah diambil berat dan dipandang serius oleh semua pihak agar perkara ini dapat dibendung sebelum ia berlaku dengan lebih teruk.

Membasmi masalah sosial dalam kalangan remaja tidak hanya menjadi tanggungjawab ibu bapa dan guru-guru sekolah semata-mata tetapi pihak kerajaan dan komuniti juga mestilah mempunyai peranan sosial tersendiri bagi memastikan kawasan komuniti yang mereka diami bersih daripada sebarang masalah sosial.

Antara faktor utama yang didapati menyumbang ke arah jenayah dan gejala sosial adalah masalah hubungan dengan ibu bapa dan keluarga, pengaruh rakan sebaya dan kurangnya pengetahuan dan didikan agama.

Ramai remaja mengatakan bahawa mereka tidak suka berkongsi masalah dengan ibu bapa terutamanya masalah peribadi.

Ini mungkin kerana anak-anak remaja tidak suka dikawal dan tidak suka ibu bapa mengarah dalam semua perkara.

Masalah-masalah seperti ini mestilah dielak daripada berlaku agar kita dapat menyelamatkan remaja-remaja pada masa kini daripada terjebak dengan perkara-perkara yang salah.

Tidak dinafikan bahawa masalah-masalah seperti ini susah untuk dikawal tetapi kita mestilah menjadikan ia sebagai satu cabaran terutama ibu bapa agar dapat mendidik dan mengawal anak-anak dengan baik dan memberi didikan agama yang cukup.

Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jika perkara ini tidak dipandang serius dan hanya beranggapan bahawa perkara ini hanyalah masalah kecil yang mana tidak perlu untuk diambil berat akan meruntuhkan institusi perkahwinan dan keluarga.

Ini akan mendorong golongan remaja untuk melakukan perkara-perkara yang dapat melarikan diri mereka daripada masalah seperti bunuh diri.

Masalah bunuh diri bukan satu masalah yang boleh dipandang remeh kerana ia melibatkan nyawa seseorang. Perkara ini mesti diambil berat dan mesti dielakkan daripada berlaku dalam kalangan remaja kerana akan menyebabkan golongan ini melakukan perkara-perkara di luar kawalan mereka.

Semua pihak mestilah mengambil peranan yang penting dalam menyelesaikan masalah ini agar remaja yang terlibat dalam masalah jenayah ataupun masalah sosial tidak terasa diri mereka terabai dan dibuang oleh keluarga dan masyarakat.

Malah, mereka akan terasa bersemangat untuk berubah menjadi manusia yang lebih baik daripada sebelum ini kerana sokongan yang terbaik daripada keluarga, kawankawan dan masyarakat.

Sokongan moral amat penting dalam membantu remaja-remaja yang terlibat dengan masalah sosial untuk berubah bak kata pepatah berat sama dipikul ringan sama dijinjing. – UTUSAN

NURUL NAJLAH ROZALI
Mahasiswa

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya