Kitar semula pacu masa hadapan harmoni

Kitar semula pacu masa hadapan harmoni

KEJAYAAN kempen kitar semula akan membawa impak positif kepada alam sekitar dan kelestariannya untuk generasi akan datang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

AMALAN kitar semula seakan dilupakan dek kerana kepesatan aktiviti pembangunan dan kecanggihan teknologi. Malahan propaganda konsep 3R (pengurang, guna semula dan kitar semula) semakin dipinggirkan.

Laporan Pusat Kajian Alam Sekitar dan Kebangsaan (NECC) pada 2022, Malaysia mempunyai kadar penghasilan sisa pepejal domestik hampir 40,000 tan setiap hari dan dijangka meningkat 1.5 kali ganda pada 2050. Masalah ini adalah kritikal kerana banyak sisa pepejal domestik tidak diurus dengan cara yang betul.

Permasalahan ini akan mengakibatkan kelestarian alam sulit untuk dipertahan dan tahap kesihatan masyarakat juga akan terjejas.

Walaupun Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) telah dikuatkuasa pada 1 September 2015, namun, masih ramai masyarakat tidak cakna dengan kewujudan akta tersebut. Pada hemat kami, amalan dan kempen kitar semula bahan buangan boleh dianggap gagal kerana beberapa isu belum diselesaikan.

Dalam memastikan kempen dan amalan kitar semula ini dapat diperkukuhkan, perlu wujudnya kesepakatan yang dinamik daripada semua pihak.

Pertama, masyarakat sendiri perlu sedar dan cakna tentang signifikan kitar semula. Sebagai contoh, memulakan amalan mengasingkan sisa makanan dan barang buangan rumah yang boleh dikitar semula mengikut plastik dan tong sampah berbeza warna. Kesedaran ini boleh dimulakan dari rumah supaya anak-anak menjadikan ia sebagai aktiviti rutin mereka.

Kedua, pihak berautoriti juga perlu memperketatkan pengawasan dan penguatkuasaan undang-undang untuk sebarang aktiviti haram. Selain itu, penyediaan infrastruktur yang mencukupi untuk kemudahan masyarakat seperti tong sampah berbeza warna dan tempat pengumpulan sisa kitar semula. Mungkin boleh dicadangkan agar memperbanyakkan lagi tempat pengumpulan sisa buangan di sesetengah kawasan dalam usaha memelihara alam sekitar.

Kejayaan kempen kitar semula akan membawa impak positif kepada alam sekitar dan kelestariannya untuk generasi akan datang. Oleh itu, kerjasama semua pihak amat penting untuk memperbaiki pengurusan sisa domestik dan mencapai sasaran kitar semula.-UTUSAN

AMY AZURIN AZMAN DAN SITI DALEELA MOHD. WAHID
UiTM Cawangan Melaka

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya