Ketahui kelemahan ChatGPT

Ketahui kelemahan ChatGPT

WALAUPUN Chat GPT boleh membantu dalam kemajuan masa depan, ia juga boleh mempunyai beberapa kelemahan. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

FAEDAH Chat GPT ialah menyediakan maklumat. Kita hanya menggunakan kata kunci untuk bertanya soalan mengenai subjek yang dimaksudkan.

Kata kunci ini kemudiannya digunakan untuk menghasilkan ‘gesaan’ atau arahan. Malang sekali, Chat GPT hanya mempunyai keupayaan untuk merekodkan maklumat sehingga akhir 2021.

Oleh itu, anda tidak akan dapat mendapatkan maklumat terkini sehingga akhir 2021. Dengan bantuan Chat GPT, anda boleh menyelesaikan tugasan tertentu dengan lebih mudah.

Walau bagaimanapun, kelemahan Chat GPT adalah ketepatan data. Jadi, anda perlu menyemak semula jawapan yang diberikan.

Chat GPT juga boleh membantu beberapa industri, seperti pemasaran kerana ia boleh membuat kandungan atau konten yang berkaitan dengan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.

Walaupun teknologi itu boleh membantu dalam kemajuan masa depan, ia juga boleh mempunyai beberapa kelemahan seperti Chat GPT yang menyebabkan pengurangan tenaga kerja manusia sekali gus meningkatkan kadar pengangguran.

Selain itu, memberi risiko kepada penyalahgunaan maklumat bagi sektor-sektor tertentu.

Seterusnya, membolehkan berlakunya plagiat atau peniruan separuh atau keseluruhan item yang khususnya dikaitkan dalam proses pembelajaran.

Ia juga boleh memberikan cadangan jawapan yang membahayakan buat pembaca yang tidak dapat berfikiran logik lagi seperti kanak-kanak.

Akhirnya, boleh menyebabkan pengurangan tenaga kerja manusia sekali gus meningkatkan kadar pengangguran.

Meskipun demikian, jangan lupa bahawa Chat GPT mempunyai keterbatasan. Ini termasuk ketergantungan pada konteks dan batasan pengetahuan.

Sangat digalakkan untuk menggunakannya dengan cara yang bijak dan beretika selain memahami kelemahan model boleh membantu dalam interaksi yang lebih produktif.

Memandangkan OpenAI terus berusaha untuk memperbaiki modelnya, kita boleh menjangkakan perkembangan lanjut di masa hadapan.

Dengan memahami ciri, kelebihan dan keterbatasan Chat GPT, kita boleh memanfaatkannya dengan sebaik mungkin untuk memenuhi pelbagai keperluan komunikasi dan pemahaman. – UTUSAN

ROSNANI MOHAMAD
Mahasiswa

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN