KBAT mampu tarik minat generasi Z kuasai STEM

KBAT mampu tarik minat generasi Z kuasai STEM

Sains
ANTARA langkah yang boleh diambil untuk menarik minat pelajar meminati Pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) adalah melalui pergabungan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

ISU utama yang dihadapi setelah 10 tahun pelaksanaan Kerangka Konseptual Pendidikan Pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) 2014 adalah penurunan pencapaian keputusan Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa (PISA) bagi Malaysia pada 2022. Penurunan ini telah menjadi bualan ramai termasuk ibu bapa dan penjaga.

Kerana itu, Kementerian Pendidikan perlu sedar wujud keperluan untuk memberi fokus kepada generasi Z yang cenderung pada penggunaan teknologi.

Jadi, antara langkah yang boleh diambil untuk menarik minat pelajar meminati STEM adalah melalui pergabungan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). KBAT dan generasi Z adalah sangat relevan dalam konteks pendidikan dan perkembangan generasi ini.

Dengan memperkuatkan pergabungan antara KBAT dan cara strategi pembelajaran generasi ini, pendidik dapat mencipta pengalaman pembelajaran yang memberi nilai tambah dan mempersiapkan murid untuk menjadi individu yang bersifat sense of urgency dan berdaya saing di era moden.

Amalan di Malaysia, secara lazimnya Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) akan disemak selepas beberapa tahun dilaksanakan, dikaji lagi sama ada sesuai untuk diteruskan atau ditambah baik atau diubah. Proses ini memerlukan masa iaitu antara lima hingga 10 tahun.

DSKP yang dirancang untuk memastikan kandungan kurikulum mencerminkan dunia nyata. Ini membantu generasi Z melihat hubungan antara apa yang mereka pelajari di sekolah dengan isu yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka.

Di samping itu, DSKP tidak hanya berfokus pada aspek akademik tetapi juga pada pembangunan kemahiran hidup. Ini melibatkan kemahiran kritis seperti penyelesaian masalah, kreativiti dan KBAT yang sangat relevan dengan cabaran serta tuntutan kehidupan seharian.

Dengan memahami minat serta kecenderungan ini, diharapkan pendidik dan pembuat dasar dapat merancang strategi yang lebih efektif untuk memotivasi selain menyokong generasi Z dalam mengejar bidang STEM, sebagai persiapan untuk cabaran dan peluang dalam dunia pekerjaan moden.-UTUSAN

DR. MUHAMAD IKHWAN MAT SAAD, DR. MOHAMAD TERMIZI BORHAN dan DR. MOHD MOKHZANI IBRAHIM
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya