Kanak-kanak adalah perokok pasif

Kanak-kanak adalah perokok pasif

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TERDAPAT dua jenis perokok iaitu perokok aktif dan perokok pasif. Perokok aktif ini merupakan orang yang merokok secara langsung menghisap rokoknya manakala perokok pasif pula ialah orang yang tidak secara langsung menghisap rokok tetapi mereka menghidu asap rokok yang dikeluarkan dari mulut orang yang merokok.

Perokok pasif adalah lagi bahaya daripada perokok aktif kerana mereka menghidu asap tersebut dan asap tersebut akan masuk ke dalam paru-paru yang boleh menyebabkan kanser paru-paru.

Kandungan asap rokok itu akan menyebabkan kerosakan tisu yang ada di dalam badan yang boleh menyebabkan wujudnya sesuatu penyakit.

Kanak-kanak juga dikategorikan sebagai perokok pasif kerana apabila ayah atau ahli keluarganya perokok, mereka berisiko tinggi untuk mendapat penyakit kerana mereka setiap hari terdedah dengan asap rokok yang dihisap oleh perokok tersebut.

Kanak-kanak ini akan mudah untuk mendapat penyakit seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru. Rokok ini amatlah berbahaya bagi kanak-kanak.

Kebanyakan masyarakat tahu akan risiko yang akan dihadapi tetapi mereka masih mengambil rokok tersebut kerana mereka menganggap bahawa merokok boleh memberi ketenangan malah ia boleh mendatangkan banyak penyakit.

Pendedahan daripada asap rokok boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu merokok secara langsung disedut oleh orang yang merokok, merokok terpakai asap yang dihembus atau asap yang datang dari hujung rokok yang terbakar dan bau yang ditinggalkan pada pakaian, kereta atau dalam bilik selepas seseorang itu merokok.

Ini amat merbahaya bagi diri sendiri dan juga terhadap orang sekeliling terutamanya kanak-kanak yang masih kecil.

Antara kesan-kesan merokok ialah kanser paru-paru yang boleh membawa kepada kematian. Ia merupakan kanser paling kerap dialami oleh kaum lelaki dan amat berkait rapat dengan tabiat merokok.

Ini kerana kandungan dalam rokok tersebut mengandungi bahan-bahan kimia yang merbahaya, terutamanya tar dan nikotin.

Punca penyakit tersebut boleh terjadi disebabkan oleh asap rokok yang mengeluarkan hampir 4,000 bahan kimia beracun dan 53 bahan kimia yang boleh menyebabkan berlakunya kanser.

Banyak kempen tentang berhenti merokok tetapi sukar untuk menghentikan tabiat merokok secara efektif.

Jadi, makin hari, semakin ramai orang yang menghidap penyakit-penyakit yang kronik hanya disebabkan tabiat merokok.

Oleh hal demikian, kita haruslah mengambil inisiatif untuk membendung tabiat merokok ini. Merokok bukanlah satu perkara yang boleh mendatangkan faedah, malah ia memberikan seribu satu kesan buruk terhadap diri, keluarga dan orang sekeliling.

Merokok ini adalah satu tabiat yang buruk yang boleh membawa kepada masalah kesihatan yang membawa kepada kematian.

Peribahasa ada mengatakan bahawa “sudah terhantuk baru tengadah”. Jangankan sudah dapat kesan baru mahu sedar. Oleh itu, sama-samalah kita membanteras, membantu dan terus memberi sokongan kepada perokok agar tabiat ini tidak berleluasa kepada generasi akan datang.

Tidak dinafikan bahawa berhenti daripada merokok dan mengatasi ketagihan bukannya perkara yang mudah, namun tidak mustahil apabila kita berusaha untuk berhenti merokok.

Katakan tidak kepada merokok yang boleh menghancurkan hidup.- UTUSAN

NURUL SYUHADA ABD. KARIM
Universiti Sains Islam Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya