Jangan ulang detik hitam Perjanjian Pangkor yang menggadai negara

Jangan ulang detik hitam Perjanjian Pangkor yang menggadai negara

BARISAN menteri harus berhati-hati agar tragedi tergadainya negara seperti yang berlaku dalam Perjanjian Pangkor 1874 tidak terulang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEJAK menjadi negara berdaulat pada 1957, pemerintah dan rakyat Malaysia berjaya membina sebuah negara yang maju, progresif dan makmur. Malaysia pada hari ini adalah salah satu negara yang memiliki ekonomi paling berdaya saing selepas menduduki tangga ke-27 daripada lebih 190 negara pada tahun lalu. Malaysia juga adalah salah sebuah negara paling aman di dunia menurut Indeks Keamanan Global apabila berada di kedudukan ke-18 pada 2022.

Selain itu, Kuala Lumpur muncul sebagai salah sebuah bandar raya paling dikunjungi di dunia pada 2023 oleh majalah Travelness. Ini adalah tanda bahawa Malaysia bukanlah calang-calang negara.

Namun, disebalik kejayaan-kejayaan yang dikecapi, barisan menteri harus berhati-hati agar tragedi tergadainya negara seperti yang berlaku dalam Perjanjian Pangkor 1874 tidak terulang.

Pertimbangan yang berat perlu dilakukan dengan mengguna pakai nasihat pakar-pakar dari dalam dan luar negara seperti para peguam, konsultan serta ahli akademik dan bukannya dipilih atas lantikan politik caca merba jika melibatkan perjanjian-perjanjian antarabangsa yang boleh mengancam kedaulatan negara, kepentingan rakyat dan masa depan ekonomi negara.

Dalam menegakkan hak kedaulatan di Laut China Selatan, Malaysia perlu bertegas dengan tuntutan yang bertindih dengan negara-negara lain terutama sekali China. Pentadbir negara, perlu berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan bagi menjaga kepentingan negara.

Amat menyedihkan pertukaran pucuk pimpinan yang berlaku berkali-kali sejak Pilihan Raya Umum (PRU) pada 2018 menyebabkan banyak projek infra rakyat terkesan seperti Projek Keretapi Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR) yang dimansuhkan, projek LRT 3 Shah Alam yang diturunkan taraf dan pembatalan projek MRT 3 Lembah Klang.

Akibat daripada pembatalan projek HSR, kerajaan sekarang perlu membayar ganti rugi kepada Singapura selain maruah negara tercalar. Hak rakyat untuk mendapatkan kemudahan yang moden dan canggih bagi memakmurkan negara juga tidak kesampaian.

Terdapat seruan bagi menghidupkan semula projek ini dari pelbagai pihak. Menghidupkan semula projek HSR memerlukan dana yang besar bukan sekadar air liur semata. Kos pembinaan kini sudahpun meningkat dan boleh menyebabkan kewangan negara terbeban.

Malaysia sepatutnya sudah mencapai taraf negara berpendapatan tinggi pada 2020 tetapi kini taraf tersebut hanya dijangkakan boleh dicapai pada 2028.-UTUSAN

PROFESOR MADYA DR. MOHD HAZMI MOHD RUSLI
Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia USIM dan felo penyelidik di Institut Hal-Ehwal Antarabangsa dan Diplomasi Asia (AIIAD), Universiti Utara Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya