Jangan mudah gelar orang liberal

Jangan mudah gelar orang liberal

JANGAN mudah mengatakan seseorang atau parti politik sebagai liberal hanya kerana perbezaan ideologi politik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

Baru-baru ini kita boleh lihat perkataan liberal digunakan oleh golongan tertentu dengan sesuka hati, dalam erti lain dengan tujuan untuk merendahkan atau mempertikaikan keimanan seseorang itu.

Begitu mudah kata-kata seperti ini dikeluarkan oleh golongan tertentu demi kepentingan politik dan membina perspektif negatif untuk mendapatkan sokongan.

Liberal dalam maksud umumnya adalah satu pendapat seseorang yang berbeza daripada pendapat yang diterima oleh umum. Ini bermakna pendapat itu adalah pendapat yang baharu yang tidak sama dengan pendapat yang diterima oleh sebuah masyarakat sebelum ini.

Islam Liberal pula merujuk kepada aliran yang memiliki ciri keterbukaan dan kebebasan yang lebih daripada apa yang ada dalam syariat Islam yang asli lagi tulen.

Ingin saya tegaskan, menuduh seseorang itu adalah liberal dengan mengaitkan dan atau merendahkan tahap keimanan seseorang adalah tidak patut hanya disebabkan satu pendapat yang dipegang oleh seseorang, sama ada pendapat itu bertentangan dengan Islam. Perbuatan menuduh tidak boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya kerana kajian yang mendalam dan terperinci perlu dibuat.

Ironinya masyarakat Malaysia kita pada hari ini apabila seseorang mengeluarkan pendapat mahupun golongan agamawan berkaitan apa-apa permasalahan, akan terus difitnah sebagai liberal atau bertentangan dengan Islam sekiranya mempunyai pendapat yang berbeza dengan mereka.

Zaman silih berganti, isu-isu baharu semakin menekan dan cabaran semakin meninggi dalam kalangan umat Islam. Penggunaan akal, keilmuan, kefahaman tentang Islam diperlukan bagi menyelesaikan perkara-perkara yang timbul di masa hadapan. Lebih-lebih lagi melibatkan hal-hal pentadbiran, politik dan masyarakat yang memerlukan ketajaman minda seseorang dalam menjalankan kerja-kerja tersebut.

Sejarah kegemilangan Islam juga adalah hasil dari pemikir-pemikir Islam, yang juga dianggap serong dan pelik oleh masyarakat pada ketika itu.

Justeru, akal perlu dikawal oleh agama. Sekiranya bertentangan dengan syarak, akal itu hanya akan didorong oleh hawa nafsu. Apa yang penting adalah kefahaman agama menjadi keutamaan.

Namun, konteks perbincangan kita, hanya untuk memberi kefahaman yang menyeluruh disebabkan ideologi politik yang berbeza, begitu mudah masyarakat kita mengeluarkan ungkapan liberal itu kepada seseorang yang tidak bersependapat dengan pendapat atau pegangan kita.-UTUSAN

ABDULLAH HAKIM
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya