Hormati warisan makanan agar rasa, nilai budaya tetap hidup

Hormati warisan makanan agar rasa, nilai budaya tetap hidup

KITA harus menghormati warisan makanan dengan menjaganya agar rasa dan nilai budaya tetap hidup.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MAKANAN tradisional adalah cerminan yang indah dari budaya, sejarah dan keanekaragaman masyarakat yang kaya dalam negera ini. Dari nasi lemak hingga rendang, dari laksa hingga satay atau dari kuih lepat hingga pengat, hidangan-hidangan ini telah menjadi identiti makanan Malaysia yang dikenali seluruh dunia.

Namun, di tengah modernisasi dan pengaruh global, perlukah makanan tradisional ini dimodenkan agar tetap relevan atau akan dilupakan dengan sendirinya.

Hidangan-hidangan ini memiliki sejarah panjang yang mencerminkan perpaduan beragam masyarakat dan budaya di Malaysia. Setiap hidangan memiliki rasa, aroma, dan teknik memasak yang khas selain sering kali terkait erat dengan perayaan, ritual dan identiti masyarakat tertentu.

Makanan tradisional Malaysia memikat masyarakat dengan kepelbagaian rasa dan aroma yang menarik. Dari masakan Melayu yang pedas, kelezatan rempah India, hingga hidangan Cina yang segar, setiap suku bangsa menyumbangkan keunikannya. Tidak hanya tentang rasa, makanan tradisional juga membawa nilai-nilai dan tradisi dalam setiap sajian.

Memodenkan makanan tradisional sering kali melibatkan perubahan dalam bahan-bahan, teknik memasak dan persembahan. Ini termasuk penggunaan bahan-bahan baharu, cara memasak yang lebih efisien atau penyajian yang lebih unik. Salah satunya seperti Nasi Lemak Kek Keju yang menciptakan rasa yang unik dan menggoda selera.

Sebenarnya, kita harus menghormati warisan makanan dengan menjaganya agar rasa dan nilai budaya tetap hidup. Ini adalah kunci untuk menjaga makanan tradisional Malaysia tetap hidup dan berkembang dalam era modenisasi. Walau bagaimanapun, jika dinilai dari sudut pandangan lain, inovasi atau pemodenan makanan tradisional juga memiliki impak yang positif seperti membuka peluang baharu, meningkatkan kepelbagaian, membuka peluang serta meningkatkan daya saing global.

Justeru, melalui penglibatan aktif, pendidikan, dan upaya bersama, kita dapat membina asas identiti nasional yang kukuh dan mewarisi kelazatan makanan tradisional untuk generasi akan datang.-UTUSAN

NURUL INSYIRAH AZIZ
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya