Hikmah Perang Taufan Al-Aqsa

Hikmah Perang Taufan Al-Aqsa

HAMAS mengambil satu pertimbangan yang besar dan berani mati dengan melakukan serangan ke atas Israel selepas negara itu cuba ‘menghilangkan’ Palestin dari peta dunia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KITA pernah mendengar tentang usaha menghapuskan Palestin dari peta dunia tetapi pernahkah mendengar mengenai penyelesaian dua negara?

Pada masa yang sama kita mungkin pernah mendengar apa yang disebut sebagai perjanjian abad ini yang merupakan projek baharu Israel untuk memaksa semenanjung Gaza dikosongkan dan penduduk dipindahkan ke Sinai. Hal ini telah dibincangkan Israel dengan Mesir dan Mesir bersetuju.

Mesir telah mendapatkan dana daripada Korea, China dan beberapa negara lain untuk membangunkan infrastruktur di Sinai. Dalam projek tersebut juga terdapat 61 peratus daripada tebing barat akan diambil oleh Israel. Jadi maknanya apa yang akan tinggal untuk orang Palestin? Perkara ini akan terus menjadi tanda tanya.

Projek seterusnya adalah tatbigh atau normalisasi. Pun begitu, banyak negara menentang idea Isreal. Kita juga dapat lihat tiada kedutaan Israel di kebanyakan negara-negara Arab. Hal ini kerana, mereka tidak mahu membuat hubungan diplomatik bersama Israel, tetapi Israel meminta dan melobi supaya semua negara Arab menerima mereka sebagai negara rasmi.

Rentetan daripada perkara tersebut terdapat beberapa negara sudah mula menunjukkan minat untuk bekerjasama dengan Israel. Mesir pada tahun 1956 telah pun berperang dengan Israel dan perang terakhir adalah pada tahun 1973. Tetapi selepas daripada perjanjian Kem David 1978, Mesir sudah tidak lagi berperang dengan Israel serta mengambil pendekatan berdamai dan perkara tersebut menjadi antara punca kenapa Presiden Mesir ke-3, Anwar Sadat dibunuh rakyatnya sendiri kerana dianggap pengkhianatan besar kepada orang-orang Mesir.

Baru-baru ini dalam perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Perdana Menteri Israel dengan bangganya mengemukakan peta Israel yang baharu di Tebing Barat dan ia seolah-olah menjadikan Gaza ‘hilang’ daripada peta itu. Hal ini sebenarnya merupakan salah satu petunjuk yang Palestin akan ‘mati’. Ini bermakna Palestin akan hilang terus daripada peta dan akan dilupakan.

Oleh kerana tidak mahu ia menjadi kenyataan, maka Hamas mengambil satu pertimbangan yang besar dan berani mati dengan melakukan serangan ke atas Israel.-UTUSAN
Inilah yang berlaku sebenarnya di sebalik perang Taufan al-Aqsa.

MUNAWWARAH MOHD. ZAIDI
Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan,
Universiti Malaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya