Gantikan segera alatan usang kelas prasekolah

Gantikan segera alatan usang kelas prasekolah

PERALATAN pembelajaran yang baharu dan terkini menyebabkan pelajar lebih berminat mengikuti pembelajaran di prasekolah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PERSEKOLAHAN sesi 2023 sudah hampir ke penghujung. Persekolahan sesi 2024 akan bermula pula pada Mac nanti.

Satu perkara yang perlu diberikan perhatian oleh Kementerian Pendidikan (KPM) ialah peralatan di kelas prasekolah yang sudah usang dan uzur. Situasi ini lebih menyedihkan di sekolah pedalaman dan Sekolah Murid Orang Asli (SMOA).

Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) yang menjaga prasekolah janganlah melihat data murid dan silibus sahaja. Lihat juga prasarana kelas tersebut.

Hal ini penting sebagai salah satu daya tarikan anak-anak hadir ke sekolah. Amat menyedihkan sekiranya peralatan elektrik seperti periuk, cerek, peti ais sudah uzur.

Hal ini mengganggu emosi Pembantu Pengurusan Murid (PPM) yang terpaksa menyediakan makanan anak-anak dalam keadaan tidak selesa.

Bahkan, difahamkan televisyen pun tiada di kelas prasekolah. Sekarang ini zaman televisyen yang permukaanya leper bukan lagi televisyen jenis ‘kotak besar’.

Bagaimana murid hendak seronok ke sekolah sekiranya pembelajaran hanya menggunakan pensil dan kertas?

Kerusi dan meja murid pun tidak berganti sejak mula buka kelas prasekolah. Gantikanlah segera meja dan kerusi murid.

Alat permainan luar dan dalaman juga perlu digantikan baharu. Buaian, papan gelongsor, jongkang-jongkit dan lain-lain sudah rosak dan tidak selamat digunakan.

Bagaimana anak-anak prasekolah gembira untuk ke sekolah sekiranya alat permainan tidak dapat digunapakai?

Semoga ada perubahan di kelas prasekolah pada sesi 2024 nanti. Sekiranya tidak sekarang, bila lagi? – UTUSAN

TOK AKI PRIHATIN
Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya