Gaji jadi keutamaan pekerja tahun 2024

Gaji jadi keutamaan pekerja tahun 2024

GAJI progresif, perlindungan sosial serta beberapa isu kritikal pekerjaan negara pada ketika ini merupakan keutamaan para pekerja di Malaysia yang memerlukan perhatian. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KONGRES Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyambut baik kenyataan akhbar Menteri Sumber Manusia, Steven Sim mengenai perancangan dan hala tuju kementerian berkenaan pada tahun ini dengan tiga perkara utama iaitu mengenai HRD Corp projek skill passport, kerja yang layak dan gaji progresif.

Ia merupakan satu penghormatan kepada gerakan kesatuan sekerja di Malaysia yang mana pada ketika ini pelbagai pembaharuan dasar perburuhan negara dan struktur gaji negara sedang di tambah baik.

Keberadaan Pegawai Tugas-Tugas Khas (PTTK) kepada Menteri Sumber Manusia, Chee Yeey Ceeu yang juga merupakan Ahli Majlis Am MTUC dan Bendahari Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) dalam kalangan anggota pentadbiran kerajaan terutama Kementerian Sumber Manusia merupakan satu platform kepada kesatuan sekerja untuk menyumbang pandangan dan cadangan secara terus kepada menteri.

Gaji progresif, perlindungan sosial serta beberapa isu kritikal pekerjaan negara pada ketika ini merupakan keutamaan para pekerja di Malaysia yang memerlukan perhatian Kementerian Sumber Manusia.

Pada masa sama, hubungan baik yang telah terjalin antara MTUC dan Kementerian perlu dikekalkan pada tahap yang optimum agar warga kerja di Malaysia memperoleh limpahan kemakmuran negara selaras dengan prinsip Malaysia Madani.

MTUC mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada ketiga-tiga figura yang baharu dilantik dan semoga kepentingan pekerja terus diberi keutamaan agar kebajikan terpelihara seiring dengan slogan kerajaan perpaduan Malaysia Madani.

MTUC juga merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada bekas Menteri Sumber Manusia iaitu V. Sivakumar dan juga bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mustapha Sakmud di atas perkhidmatan, kepimpinan serta jasa bakti yang telah dicurahkan dalam pergerakan kesatuan sekerja serta dalam memajukan sektor pekerjaan di Malaysia.

Semoga hubungan baik dan harmoni antara kesatuan sekerja dan kerajaan akan terus terjalin demi kebaikan kaum pekerja di Malaysia. – UTUSAN

MOHD. EFFENDY ABDUL GHANI
Presiden Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya