Elak kes basikal lajak berulang

Elak kes basikal lajak berulang

IMPAK kes basikal lajak ini memberi pengajaran besar kepada semua pihak. – UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KES basikal lajak adalah fenomena baharu dalam kalangan golongan remaja yang kini agak galak melakukannya.

Mereka ini dikenali sebagai kumpulan remaja yang tahan lasak dan berorientasikan jalanan dengan penglibatan dalam aktiviti haram ini adalah sebahagian daripada identiti kumpulan tersebut.

Mahkamah rayuan telah mengetepikan keputusan dakwaan terhadap Sam Ke Ting, yang menyebabkan lapan remaja lelaki berusia 13 hingga 17 tahun yang menunggang basikal lajak, maut dirempuh kereta pada 18 Februari 2017 di Jalan Lingkaran Dalam bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah, Johor Bahru.

Ibu bapa kecewa, akur dan reda dengan keputusan mahkamah rayuan tersebut. Mereka bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan trauma kehilangan anak kesayangan, malah terpaksa menerima kritikan bahawa mereka dikatakan tidak pandai mengasuh anak-anak dan tidak bertanggungjawab kerana membiarkan anak-anak bermain basikal pada waktu yang tidak sepatutnya.

Di bawah undang-undang negara, ibu bapa tidak diletakkan di bawah sebarang tanggungjawab sekiranya cuai dalam memantau anak-anak.

Ibu bapa hanya boleh didapati bersalah berkaitan dengan kes-kes penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) membawa hukuman denda RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua puluh (20) tahun atau kedua-duanya.

Kini, pihak pendakwaan kes Ke Ting juga tidak lagi dibenarkan untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan di bawah Akta Mahkamah Kehakiman 1964 (Akta 91).

Apa yang pasti, impak kes basikal lajak ini akan memberi pengajaran yang besar kepada semua pemandu di Malaysia supaya lebih peka terhadap situasi semasa.

Malah, ibu bapa juga perlu memantau akan perihal anak-anak mereka dari melibatkan diri dengan aktiviti haram seperti aktiviti basikal lajak.

Dengan itu, semua pihak dapat membendung dari berlakunya kes sedemikian. – UTUSAN

REDZA ZAKARIA
Pengamal undang-undang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya