Duka lara punca guru bercerai

Duka lara punca guru bercerai

PUNCA perceraian melibatkan banyak faktor namun pasangan guru berjauhan adalah salah satu perkara yang perlu diberikan perhatian. – UTUSAN/ZULHANIFA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KONGRES Kesatuan Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (Kongres) menggesa pihak Kementerian Pendidikan mengambil tindakan proaktif bagi menangani
isu guru duka lara sebagaimana yang dilaporkan pada 30 Disember 2023.

Pihak Kongres mengambil maklum bahawa kesan guru duka lara ini membawa kepada isu-isu perceraian dan menjejaskan keharmonian rumah tangga suami isteri
meskipun angkanya kecil.

Langkah proaktif pihak Kementerian Pendidikan dalam menyelesaikan isu ini dapat mengelakkan perceraian dan pengabaian terhadap rumah tangga yang
menjejaskan emosi pasangan guru dan anak-anak.

Pihak Kongres maklum bahawa punca perceraian ini melibatkan banyak faktor namun pasangan guru berjauhan adalah salah satu perkara yang perlu diberikan perhatian.

Atas dasar meraikan konsep pendidikan berteraskan manusiawi maka pihak Kongres mencadangkan perkara berikut: Cadangan pertama, memudahkan pengisian misalnya, tukar sepanjang tahun dan proses pertukaran berlaku empat kali setahun dari sedia ada.

Cadangan kedua, membuat pangkalan data guru duka lara dan melihat kepada keperluan opsyen dan kekosongan sedia ada untuk memudahkan proses pertukaran.

Cadangan ketiga, khidmat kaunseling berterusan kepada guru duka lara bagi meningkatkan daya tahan emosi dan psikologi sebagai guru.

Cadangan keempat, keprihatinan dan kebijaksanaan pihak pentadbir sekolah dalam memahami isu guru duka lara dan menanganinya dengan penuh hikmah. – UTUSAN

MOHD. AZIZEE HASAN
Setiausaha Agung Kongres Presiden Kesatuan
Kebangsaan Guru-Guru Agama Malaysia Barat (KKGAMB) dan iGuru

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya