Buku Super Minds untuk pelajar tahun 1 dan 2 tiada jiwa Malaysia

Buku Super Minds untuk pelajar tahun 1 dan 2 tiada jiwa Malaysia

BUKU teks Super Minds mengandungi tajuk berkaitan sambutan Halloween di bahagian belakang buku teks.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BAGI pelajar tahun satu dan dua yang bersekolah di sekolah kebangsaan, akan dibekalkan buku Super Minds untuk mata pelajaran bahasa Inggeris.

Buku ini berharga hampir RM40 sebuah. Jenuhlah apabila ibu bapa perlu menggantikan buku teks berkenaan sekiranya rosak atau koyak.

Saya sendiri terpaksa menggantikan buku berkenaan ketika anak dalam darjah satu sedangkan ia bukan berpunca dari kesalahan anak. Ini kerana, anak saya ketika menerima buku itu pun memang sudah lunyai. Tapi tak mengapa, saya gantikan dengan buku yang baharu disebabkan buku itu telah digunakan sejak 2017.

Apabila anak masuk darjah dua, sekali lagi dapat buku yang lunyai tapi kali ini saya tidak gantikan dengan buku yang baharu.

Saya tidak pasti mengapa buku tersebut terlalu mahal, adakah kerana ia di bawah Cambridge University dan terbitan Pan Asia Publications? Sementara buku bagi subjek lain di bawah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), sebuah jenama penerbit buku yang ada gazet kerja dengan kerajaan, melibatkan isi pembelajaran dan sebagainya tidak semahal itu.

Pun begitu, tidak pasti Kementerian Pendidikan sebelum ini yang meluluskan penggunaan buku tersebut menyedari tentang isi kandungannya. Tidak ada tapisankah sehingga ada tajuk berkaitan sambutan Halloween di bahagian belakang buku teks.

Kalau kita belek, buku ini seolah tiada nyawa Malaysia, yang ada hanya cetakan Rukun Negara di bahagian kulit buku sahaja.

Saya sudah ajukan beberapa kali hal ini kepada Kementerian Pendidikan, tetapi tidak pasti apa respon mereka. Diharapkan aduan melalui media massa seperti ini mendapat perhatian sewajarnya.

Sebenarnya hal sama saya telah ajukan kepada bekas Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin tetapi tiada jawapan dan kali ini saya berharap Fadhlina Sidek dapat memberi pandangan atau jawapan yang sewajarnya.-UTUSAN

WARGA TERHIMPIT KOTA
Bangi, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya