Bimbang menteri terlalu selesa hingga lupa amanah

Bimbang menteri terlalu selesa hingga lupa amanah

RAKYAT bimbang melihat segelintir menteri yang begitu selesa dengan pangkat sehingga lupa amanah kepada rakyat. – PEJABAT PERDANA MENTERI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA membesar dengan mendengar cerita-cerita perjuangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sentiasa ingin menegakkan keadilan, walaupun ditekan, ditindas namun tetap bangun melawan.

Insan ini berjaya membuat hati anak muda ini terkesan, membuat kita untuk berfikir dengan lebih mendalam, sentiasa menilai sesuatu dengan baik dan yang paling penting tahu apa itu mungkar, kezaliman dan penindasan.

Saya sebagai anak muda percaya PKR akan menjadi parti yang menjadi nadi kepada hati rakyat Malaysia satu hari nanti. Ini kerana PKR merupakan parti tunggal di Malaysia yang tidak berasaskan perkauman berbeza dengan parti lain selain menepati dasar-dasar semangat Perlembagaan negara.

Namun, ketika ini perlu sedar masyarakat Melayu tidak berpihak kepada PKR, walaupun sebelum ini mesra dengan Pakatan Harapan (PH).

Mereka ini lebih memilih Perikatan Nasional (PN). Kita perlu terima fakta ini tanpa meminggirkan masyarakat Melayu yang merupakan majoriti di negara ini dan kesilapan besar sekiranya mengenepikan golongan ini.

Saya semakin bimbang dengan kepimpinan dan barisan Kabinet yang ada pada ketika ini dilihat terlampau ada batasan antara rakyat dan pemimpin.

Amat menyedihkan pemimpin kita terlampau selesa di kerusi empuk dan tidak lagi bergaul dengan rakyat bawahan lagi. Ingatlah, pemimpin sebegini sudah pasti akan ditendang oleh rakyat.

Antara kebimbangan rakyat adalah kelemahan bahagian media dan penerangan. Kita lihat sering tenggelam apabila melibatkan penyebaran fitnah-fitnah dan propaganda pembangkang.

Kita perlu sedar akan hal ini dan jangan biarkan ia berlarutan, kerana mungkin satu hari nanti kerajaan akan kalah kepada fitnah.

Segala teguran dan nasihat ini atas dasar keprihatinan sebagai rakyat Malaysia yang sayangkan negara dan ingin Malaysia terus maju di masa hadapan. – UTUSAN

ABDULLAH HAKIM AHMAD
Pelajar Undang-Undang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya