Bimbang kanak-kanak terdedah dengan gajet

Bimbang kanak-kanak terdedah dengan gajet

PENTING untuk kanak-kanak mengekalkan kegiatan seperti membaca buku, bermain di luar dan berinteraksi dengan rakan. – UTUSAN/ IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

DALAM usia yang sangat awal, kanak-kanak memerlukan interaksi sosial yang berpanjangan untuk membangunkan kemahiran komunikasi dan emosi.

Penggunaan berleluasa gajet boleh menyebabkan kekurangan interaksi sosial. Beberapa kajian mengaitkan penggunaan gajet yang berleluasa pada usia muda dengan peningkatan risiko masalah kesihatan mental seperti kegelisahan dan kebergantungan terhadap teknologi.

Kanak-kanak yang terlalu lama terpaku pada skrin gajet mungkin mengalami masalah penglihatan, kurang aktiviti fizikal dan masalah tidur.

Ini boleh menyumbang kepada peningkatan kadar obesiti dan masalah kesihatan yang berkaitan dengan gaya hidup kurang aktif.

Masyarakat perlu bekerjasama untuk menyedarkan ibu bapa, pendidik dan penjaga kanak-kanak tentang kepentingan mengawal pendedahan dan menggunakan teknologi secara bijak.

Perlu ada inisiatif untuk menggalakkan pembangunan platform dan aplikasi yang bersesuaian dengan peringkat perkembangan dan pendidikan kanak-kanak yang melibatkan ibu bapa, pendidik dan masyarakat.

Penekanan perlu diberikan kepada pembangunan pendekatan pendidikan yang seimbang.

Walaupun teknologi dapat menjadi alat pembelajaran yang berkesan, penting juga untuk mengekalkan kegiatan konvensional seperti membaca buku, bermain di luar dan berinteraksi secara langsung dengan rakan sebaya.

Pembangunan holistik kanak-kanak perlu menjadi keutamaan dan kesedaran masyarakat adalah kunci dalam melindungi generasi masa depan dari risiko pendedahan terlalu awal dan penggunaan berleluasa gajet yang tidak terkawal.

Kesedaran awal dan pendidikan masyarakat dapat membentuk persepsi dan tingkah laku bersama untuk melindungi kesejahteraan kanak-kanak dalam dunia digital yang berkembang dengan pesat. – UTUSAN

HANAN SOFEA MOHAMAD SHARIZAL
Pelajar universiti

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya