Ucaplah Selamat Hari Krismas demi persahabatan

Ucaplah Selamat Hari Krismas demi persahabatan

UCAPAN Selamat Hari Krismas hanya sebagai tanda menjaga hubungan baik, tiada paksaan dalam agama dan tidak bertujuan mengagungkan dan memuliakan agama lain.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TANGGAL 25 Disember setiap tahun, penganut Kristian menyambut perayaan Hari Krismas. Perkataan Krismas berasal daripada istilah Yunani, iaitu mass kristus yang membawa maksud perayaan.

Berdasarkan data dikeluarkan Jabatan Perangkaan, jumlah penganut Kristian di negara ini adalah ketiga terbesar. Melihat kepada statistik ini, keberadaan dan hak mereka untuk hidup sebagai warganegara perlu dititikberatkan demi menjamin keharmonian negara.

Acap kali kita diperdengarkan ucapan Selamat Hari Krismas ketika perayaan ini disambut. Namun, sebagai umat Islam yang prihatin dalam pergaulan dengan bukan Islam, timbul persoalan, adakah dibolehkan mengucapkannya kepada kawan atau kenalan beragama Kristian?

Secara umumnya, jumhur ulama keempat-empat mazhab mengharamkan ucapan tahniah kepada orang bukan Islam sempena perayaan kerana dikhuatiri mengikut adat, budaya dan cara penganut Kristian meraikan perayaan mereka.

Kedua, diharuskan mengucapkan tahniah.

Pandangan ini banyak digunapakai oleh ulama kontemporari Islam seperti Sheikh Yusuf Al-Qardhawi. Menurut beliau, Nabi Muhammad SAW sendiri sentiasa melazimi perbuatan baik dan berakhlak mulia bersama bukan Islam dan ini termasuk di bawah perintah ayat kelapan surah Al-Mumtahanah bermaksud: “Hendaklah kamu berbuat baik dan berlaku adil kepada mereka (bukan Islam).”

Kesimpulannya, diharuskan untuk mengucapkan Selamat Hari Krismas apabila wujud keperluan bagi menyuburkan semangat muhibah dan memperbaiki ketegangan sosial yang berlaku dalam masyarakat, apatah lagi kaum keluarga yang memiliki anggota bukan Islam, kejiranan dan rakan sekerja. Sekiranya tidak ada keperluan seperti disebutkan, maka hukumnya harus.

Penyertaan orang Islam dalam majlis sambutan Krismas hanyalah pada kadar diperlukan seperti jamuan makan atau bergambar. Ingatlah, ucapan Selamat Hari Krismas hanya sebagai tanda menjaga hubungan baik, tiada paksaan dalam agama dan tidak bertujuan mengagungkan dan memuliakan agama lain.

Jika dalam bahagian pemberian hadiah, dibolehkan untuk menerima atau memberi kerana Rasulullah SAW sendiri pernah menerima hadiah daripada Raja al-Muqawqis yang bukan beragama Islam. Saidina Umar juga pernah menghadiahkan baju kepada saudaranya yang bukan Muslim.

Kelakuan yang baik dan sopan ketika perayaan ini boleh dijadikan salah satu cara dakwah bahawa Islam merupakan agama rahmatan lil alamin.-UTUSAN

RUSYAIDI SAFWAN MOHD. ROHAILAN
Universiti Malaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya