Tidak sukar teka UMNO atau Bersatu akan berkubur

Tidak sukar teka UMNO atau Bersatu akan berkubur

PARTI yang hanya menumpang populariti parti komponen lain boleh dianggap lemah. – GAMBAR HIASAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KEMENANGAN Pas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman pada 2 Disember lalu menimbulkan satu persoalan besar, parti manakah yang akan berkubur pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) sama ada UMNO atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Jawapan ini sebenarnya mudah untuk dijawab dengan cara melihat parti manakah yang mempunyai simptom penyakit kronik dan sukar diubati. Parti yang lemah dan tidak mempunyai daya tahan melawan penyakit kronik pasti berkubur dahulu.

Pertama, parti yang mempunyai akar umbi dan kesetiaan mereka terhadap parti tetap kukuh akan terus hidup berbanding parti yang tiada mempunyai sokongan akar umbi.

Kedua, parti yang dipimpin oleh pimpinan yang lemah serta tidak mampu mengemudi disebabkan pergeseran dalaman menjadikan parti tersebut lemah.

Ketiga, pimpinan yang tidak meletakkan keutamaan terhadap parti sendiri bahkan hanya menumpang populariti parti komponen lain juga turut dianggap lemah.

Keempat, hilangnya kepercayaan terhadap pimpinan parti sendiri sehingga sanggup mengkhianati parti turut menghakis daya tahan parti.

Kelima, parti yang menyediakan pelan pemulihan dan pelan rawatan awal terhadap daya tahan melawan penyakit pasti selamat.

Parti yang akan selamat ialah parti yang berjaya membina semula kekuatan parti dengan menyusun barisan kepemimpinan yang mantap berbanding parti yang sentiasa berlaku perebutan jawatan.

Selain itu, tindakan pantas memecat anasir dalaman yang merosakkan parti pasti selamat berbanding yang masih membiarkan anasir dalaman menggugat kepimpinan parti.

Jika simptom-simptom ini berjaya diubati pasti ia mampu membawa parti lebih berdaya tahan dan kukuh.

Kesimpulannya, PRU16 empat tahun lagi pasti akan menemui kejayaan dan resipi yang diluar jangkaan jika mana-mana parti Melayu cepat sedar dan terus menyusun strategi dengan baik.

Ini bagi meraih sokongan khususnya pengundi Melayu. Manakala parti yang masih menyimpan ‘penyakit’ pasti berkubur awal.-UTUSAN

DR. ZURAIMY ALI
Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perlis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya