Terlalu lama dipedalaman boleh buat guru tepu

Terlalu lama di pedalaman boleh buat guru tepu

BIARLAH kemahiran yang ada pada seseorang guru di pedalaman digunakan di sekolah luar pula untuk kemajuan sistem pendidikan negara. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SESI persekolahan sudah penghujung tahun walaupun sesi sebenar tamat pada Februari tahun depan. Guru-guru selalunya pada hujung tahun akan ternanti-nanti surat pertukaran terutama guru sekolah murid Orang Asli di pedalaman. Gelodak hati mereka tiada siapa yang tahu. Bagaimana perasaan mereka yang sudah memohon berkali-kali untuk keluar dari pedalaman tetapi tidak berjaya?

Sampai masanya guru-guru yang mmengajar di kawasan pendalaman melebihi 10 tahun dibawa keluar sama ada mereka memohon untuk pertukaran ataupun tidak. Bagilah peluang kepada mereka untuk  engembangkan kemahiran dan kebolehan di sekolah luar pula.

Kasihanilah mereka yang terpaksa berjauhan dengan keluarga kerana sekolah pedalaman tidak mempunyai kemudahan untuk membolehkan mereka berulang-alik setiap hari.

Pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) perlu melihat perkara ini sebagai keutamaan tugas mereka. Buat data dan analisis teliti tentang berapa ramai guru yang terperap sekian lama di sekolah pedalaman.

Keluarkan mereka dari pedalaman dan jangan biarkan mereka terlalu lama di sesebuah sekolah sehingga ‘tumbuh akar.’

Apabila sudah berakar akan menyukarkan guru besar ingin membuat perubahan kerana kononnya mereka lebih tahu. Sekiranya guru tersebut ada kehebatannya di situ, biarkan dia mempamerkan kehebatannya di sekolah lain pula. Lama-lama sangat di sesebuah sekolah, nanti tepu dan layu pula.

Selain itu, kekosongan itu perlu diisi oleh guru-guru baharu. Berikan mereka pengalaman di sekolah pedalaman dan di sekolah murid Orang Asli. Pengalaman itu nanti akan menjadi ilmu kepada mereka sebagai pemimpin pelapis masa depan.-UTUSAN

BURUNG KAKAK TUA
Pahang Darul Makmur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya