Singkir sikap penting diri sendiri dalam pertahan Palestin

Singkir sikap penting diri sendiri dalam pertahan Palestin

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin di Kompleks Seri Perdana pada Oktober lalu. – UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PADA 8 Oktober lalu, tentera rejim Zionis Israel melakukan serangan bom amat dahsyat terhadap penduduk Palestin di Semenanjung Gaza. Sehingga hari ini bukan sahaja semua kemudahan rosak teruk, ramai yang cedera malah ribuan nyawa terkorban.

Sebagai tanda sokongan terhadap Palestin, terdapat beberapa bentuk tindakan dilakukan umat Islam agar tanah suci negara itu tidak dirampas oleh Zionis termasuk melakukan boikot secara besar-besaran terhadap semua produk berkaitan Israel.

Tindakan ini dapat melumpuhkan gerakan tentera rejim Zionis Israel daripada bertindak dengan lebih agresif. Ia juga mampu melumpuhkan sumber ekonomi pendapatan Israel daripada membeli peluru dan alatan senjata lebih canggih.

Selain itu, umat Islam terus memberi bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin bagi meringankan beban mereka untuk meneruskan kehidupan.

Di samping itu, bersatu dan bersolidariti mampu membuka mata Israel dan penyokongnya bahawa tindakan mereka itu tidak diterima majoriti rakyat di seluruh dunia. Ia juga dapat membangkitkan semangat penduduk Palestin untuk terus berjihad dalam mempertahankan tanah air mereka.

Kesimpulannya, serangan dan penindasan dilakukan tentera rejim Zionis terhadap penduduk Palestin perlu diambil berat oleh semua pihak terutama umat Islam. Hal demikian ini kerana Palestin merupakan tanah suci yang sangat penting dan juga kiblat pertama umat Islam.

Umat Islam perlulah memainkan peranan yang sangat penting dalam diri mereka agar dapat mempertahankan tanah suci Palestin daripada dirampas oleh rejim Zionis Israel.

Umat Islam juga perlulah bersatu padu antara satu sama lain dalam memastikan tanah suci Palestin berada di bawah pemerintahan umat Islam. Sikap mementingkan diri sendiri dan tidak berperikemanusiaan perlulah disingkirkan segera dalam diri masing-masing.-UTUSAN

RABIATUL ADAWIYAH RIZALMAN dan PROFESOR DR. MOHD ROSLAN MOHD NOH
Universiti Malaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya