Siar panduan hadapi banjir di TV dapat kurang risiko

Siar panduan hadapi banjir di TV dapat kurang risiko

IKLAN panduan banjir boleh dilakukan dengan kerjasama Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) yang memantau ramalan hujan dalam negara bagi membuat perkiraan data ramalan banjir.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KETIKA ini seperti tahun-tahun sebelum ini, negara dilanda musim hujan lebat hingga beberapa negeri ditenggelami banjir. Pun begitu, masih ramai memandang rendah bencana ini malah tidak membuat persiapan sebelum berlakunya musim tengkujuh.

Jadi, saya cadangkan pihak berwajib menambah iklan panduan banjir di televisyen terutama ketika masa perdana tentang manfaat menyediakan beg pasir, dinding serta pintu tebatan banjir sebagai peringatan kepada penduduk di kawasan berisiko. Ini akan mencegah dan mengurangkan air masuk ke dalam rumah.

Ia juga dapat mengurangkan risiko kerosakan alatan elektrik dan perabot terutama jika air naik sehingga lebih dua kaki.

Sebelum ini, perkara sama saya telah cadangkan di ruangan ini, namun tidak mendapat perhatian daripada pihak yang bertanggungjawab.

Entah mengapa sukar bagi pihak berwajib menyediakan tebatan banjir sedangkan kos untuk beg plastik berisi pasair tidaklah mahal mana pun selain boleh bertahan lama.

Sementara rumah berdinding kayu pula bolehlah dilapik dengan panel aluminium plat yang harganya juga tidak begitu mahal selain amat berbaloi melindungi barang elektronik dan perabot daripada rosak teruk.

Saya berharap pemilik televisyen swasta dan kerajaan menerbitkan program panduan dan amaran banjir di kaca televisyen selain pihak berwajib menyediakan beg pasir dan dinding tebatan banjir.-UTUSAN

CH SYAM
Seremban

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya