Selesaikan isu berbangkit dalam organisasi ikut acuan Islam - Utusan Malaysia

Selesaikan isu berbangkit dalam organisasi ikut acuan Islam

SEWAJARNYA persengketaan dan pertelingkahan diselesaikan mengikut garis panduan Islam. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KEHIDUPAN sebagai manusia tidak dapat lari daripada hidup secara berorganisasi kerana setiap daripada kita memiliki peranan tersendiri untuk saling melengkapi antara satu sama lain.

Malah, hidup secara berorganisasi bertujuan mencapai satu matlamat yang sama dengan menggabungkan kemahiran kendiri dan intelektual.

Namun, hidup berorganisasi akan menjadi sia-sia sekiranya tidak berlandaskan ajaran Islam sebenar.

Hal ini kerana Islam bukan sahaja agama yang benar malah merupakan panduan dan tatacara hidup sebenar diperintahkan Allah SWT bagi sekalian manusia untuk mentaati dan mengikutinya.

Oleh itu, kita perlulah melihat konsep organisasi itu sendiri dalam konteks perspektif Islam secara menyeluruh agar tidak menyimpang daripada asas syariat yang ditetapkan. Islam sangat menitikberatkan nilai-nilai luhur agama dalam hidup secara berorganisasi.

Antaranya berintegriti ataupun amanah. Sikap yang ada pada para nabi dan para rasul itu merupakan permulaan penting dalam hidup berorganisasi.

Sekiranya sikap integriti atau amanah tidak tertanam dalam sanubari, maka manusia akan saling mengkhianati antara satu sama lain dan menyebabkan sesebuah organisasi terkubur sehingga melahirkan manusia bersifat munafik.

Selain itu, dalam organisasi mestilah memiliki rasa ihsan atau toleransi sama ada antara ketua dengan ahlinya, majikan dengan pekerja dan sebagainya supaya tali penyatuan dan kesefahaman dapat diperkasakan.

Tidak dinafikan juga adakala wujud perbalahan, pergaduhan dan pertengkaran kerana sifat manusia itu lemah dan memiliki pasang surut pada sikap dan perasaan.

Oleh itu, segala persengketaan dan pertelingkahan perlu diselesaikan mengikut garis panduan Islam. – UTUSAN

MUHAMMAD NIL YAFIQ MOHD. YUSOF, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya