Provokasi Kit Siang ‘bunuh’ Amanah?

Provokasi Kit Siang ‘bunuh’ Amanah?

AHLI-AHLI Amanah diminta menyertai PKR, UMNO atau Pas jika enggan dilabel boneka DAP.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PADA hemat saya, secara jujurnya stigma DAP ancam kuasa politik orang Melayu Islam cukup menebal. Hal ini diakui sendiri oleh bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menerusi rancangan podcast, Keluar Sekejap.

Ini kerana persepsi orang Melayu terhadap DAP cukup kuat, bahkan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil juga tanpa rasa segan melabelkan UMNO kini sudah menjadi boneka DAP.

Selagi tidak dihilangkan stigma tersebut, ia akan memberi kelebihan besar dan pengaruh kuat untuk orang Melayu kembali memainkan sentimen DAP anti-Islam atau Melayu anti-DAP.

Begitu juga dengan stigma Parti Amanah Negara (Amanah) sebagai boneka DAP sudah tidak boleh ditepis lagi akibat impak daripada provokasi meminta Perdana Menteri bukan Melayu oleh veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang. Kini PKR dan UMNO menerima tempiasnya.

Kenyataan melulu Kit Siang boleh dianggap sebagai pukulan maut buat blok Pakatan Harapan (PH) dan Perdana Menteri sendiri biarpun kenyataan beliau itu ibarat mimpi di siang hari yang tidak akan menjadi kenyataan sebab perlu mendapatkan sokongan majoriti.

Namun, ketegasan Kit Siang itu memberikan gambaran awal yang beliau dan partinya berhasrat untuk merealisasikannya pada masa akan datang.

Sementara Amanah perlu bekerja keras mencari jalan untuk menarik lebih ramai sokongan undi daripada orang Melayu yang dianggap penting sebagai kelangsungan parti pada masa hadapan memandangkan kenyataan Kit Siang itu boleh mewujudkan rasa curiga orang Melayu dan mungkin Amanah boleh diibaratkan sebagai boneka DAP.

Tiada jalan keluar lagi untuk Amanah daripada terus dilabelkan sebagai boneka atau tunggangan DAP melainkan membubarkan sahaja parti itu.

Maka, opsyen lain yang lebih positif bagi ahli-ahli Amanah adalah dengan menyertai PKR, UMNO atau Pas. Tetapi jika tidak segan dilabel boneka, boleh sahaja terus sertai DAP. Namun, implikasinya mungkin Amanah akan ‘bungkus’ pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) nanti.-UTUSAN

WALI TOK SONGEI
Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya