Perlukah lantik menteri dalam kalangan ahli Dewan Negara?

Perlukah lantik menteri dalam kalangan ahli Dewan Negara?

ADAKAH wajar melantik jemaah menteri dalam kalangan ahli Dewan Negara memandangkan keadaan ekonomi dan kewangan negara masih belum kukuh? – PEJABAT PERDANA MENTERI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SUDAH sampai masanya kita mengkaji dan melihat semula peranan dan kewujudan Dewan Negara, iaitu salah satu cabang yang wujud dalam sistem Parlimen.

Ada berpendapat ia masih diperlukan bagi mengukuhkan sistem Parlimen dan ada juga berpandangan sudah sampai masanya kita mengambil satu langkah drastik untuk melihat semula peranan dan kewujudan Dewan Negara.

Dewan Negara terdiri daripada 70 ahli. Perkara 45 Perlembagaan Persekutuan menjelaskan jawatan yang diberikan hendaklah dipegang selama satu penggal (tiga tahun) dan boleh disambung sebanyak satu penggal lagi, sama ada dilantik pada peringkat Persekutuan atau pemilihan peringkat negeri. Kedudukan Dewan Negara tidak berubah dengan pembubaran Parlimen.

Secara teorinya, ahli-ahli Dewan Negara dilantik atau dipilih dalam kalangan mereka yang menyumbang khidmat cemerlang atau telah mencapai kecemerlangan dalam profesion masing-masing dalam perdagangan, industri, pertanian, aktiviti kebudayaan atau perkhidmatan sosial atau merupakan wakil kumpulan bangsa minoriti ataupun berkebolehan menjaga kepentingan Orang Asli.

Setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara. Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas sebagai ahli sebaik yang mungkin dan taat setia kepada negara serta mematuhi, menjaga dan mempertahankan perlembagaan.

Mereka yang dipilih sebagai ahli Dewan Negara pula berpeluang untuk dipilih menjadi anggota jemaah menteri.

Bagaimana rakyat hendak menilai keupayaan mereka memandangkan mereka bukannya dipilih melalui proses pilihan raya seperti kalangan ahli Dewan Rakyat?

Tambahan pula dengan keadaan ekonomi dan kewangan negara yang masih belum kukuh, adakah wajar melantik jemaah menteri dalam kalangan ahli Dewan Negara serta menampung segala kemudahan mereka? Semua ini serta banyak lagi persoalan lagi perlu dikaji dengan lebih teliti oleh kerajaan, ahli akademik serta badanbadan profesional dan bukan kerajaan yang ada dalam negara kita.-UTUSAN

PROFESOR DR. MUZAFFAR SYAH MALLOW
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya