SAUDARA PENGARANG,
BIASANYA kesedaran pengguna lebih tertumpu pada masalah barang atau produk tidak selamat, tidak bermutu, jaminan yang dimungkiri, iklan mengelirukan dan penipuan di tempat jual beli.
Tanpa disedari, pengguna sebenarnya mempunyai peranan dalam tanggungjawab memajukan ekonomi negara. Untuk melaksanakan tanggungjawab itu, ia memerlukan maklumat yang benar-benar bererti dan perlindungan undang-undang berkesan demi membela kepentingannya.
Justeru, penting untuk pengguna mengetahui hak-hak asasi mereka antaranya hak mendapat keselamatan, didengar, memilih, diberitahu dan mendapat mutu dan layanan sepatutnya di tempat jual beli.
Kerana itu amat penting pengguna mengetahui selok-belok ini agar dapat meminta peniaga bertanggungjawab jika mereka melakukan kecuaian atau melanggar undang-undang. Antara hak pengguna adalah :
- Melindungi kesihatan dan keselamatan pengguna dalam mencipta serta mengilang
barangan dan perkhidmatan. Ini termasuk berkaitan kesan buruk terhadap kerosakan alam sekitar berpunca daripada kemajuan tekologi.
- Mengeluarkan barangan memenuhi mutu pengeluaran pada harga paling rendah.
- Mendapat pandangan pengguna dan kumpulan-kumpulan lain bagi
memastikan pengguna puas hati dengan mutu pengeluaran dari
peringkat awal merancang pengeluaran.
- Memudah, menerangkan dan menghormati jaminan diberi.
- Meningkatkan mutu dan mengenakan harga berpatutan bagi perkhidmatan dan memperbaiki barang.
- Menghapuskan perbuatan menipu dan putar belit di tempat jual-beli.
- Menyediakan maklumat yang objektif kepada pengguna mengenai barang-
barang keluaran, perjalanan urusan di tempat jual beli dan menggalakkan
rancangan-rancangan pendidikan pengguna supaya mereka cukup berpengetahuan.
- Memudahkan perbandingan nilai dan jenis barangan.
- * Menyediakan saluran-saluran bagi menerima dan bertindak terhadap aduan dan cadangan pengguna.
- Memastikan kakitangan jualan cukup pengetahuan tentang sesuatu barangan agar memudahkan pengguna mendapatkan pelbagai maklumat.-UTUSAN
BULBIR SINGH
Bekas Presiden Persatuan Pengguna Negeri Sembilan