PendudukKampung Selamat ‘penat’ kera rosakkan tanaman

Penduduk Kampung Selamat ‘penat’ kera rosakkan tanaman

PENDUDUK Kampung Selamat, Mukim Teloi Tua, Sik, Kedah buntu apabila tanaman dan hasil pertanian mereka rosak akibat kumpulan kera. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

NAMPAKNYA masalah kera liar di Kampung Selamat, Mukim Teloi Tua, Sik, Kedah tiada kesudahan walaupun beberapa aduan dibuat kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Sudah banyak kali kera-kera yang berkeliaran ini merosakan tanaman dan hasil pertanian penduduk kampung.

Bahkan ketika di awal musim buah-buahan juga kera-kera ini ‘bermaharajelala’ merosakkan pelbagai putik buah sementara yang sudah masak dimakan dan dirosakkan sehingga memberi kerugian kepada penduduk kampung.

Walaupun kini musim buah sudah berakhir, kumpulan kera ini tetap datang dan merosakkan pokok.

Kumpulan kera ini juga mencuri makanan dalam rumah penduduk. Ia bukan soal makanan semata-mata tetapi isu keselamatan penduduk terutama anak kecil dan warga emas.

Meskipun dihalau dengan pelbagai cara, kumpulan monyet liar itu tetap bertandang kembali ke kawasan rumah mereka untuk mencari makanan.

Amat membimbangkan juga apabila haiwan ini menyebarkan wabak penyakit dengan sesetengahnya amat berbahaya kepada kesihatan manusia sendiri.

Diharap perkara ini mendapat perhatian dan tindakan segera daripada pihak berwajib agar dapat menyelesaikan isu ini yang sudah berlanjutan.-UTUSAN

ZAINUL ABIDIN TEH
Sik, Kedah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya